Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Thursday 10 May 2012

BERSIH vs LGBT

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة 

Sebetulnya entri ni abg long dah lama nak tulis. Tapi terhadang dek kebusyan tugasan hakiki abg long sebagai sebagai tukang kebun, jaga, pengasuh dan tugas2 khas lain. Jadi, abg long just memerhati dan menganalisis dari jauh. Al-maklum la kan, abg long kan PBB (Pemerhati Bebas Blogger)..hihihi....


Sebetulnya abg long pelik dengan gelagat dan perangai sebahagian orang kita, cakap berdegar2 tapi habuk pun tarak. Kita selalu marah dan salahkan orang lain bila mereka menyentuh sensitiviti agama kita. Sepatutnya kita tak perlu terlalu emosi dengan mereka kerana mereka bukan dikalangan kita, dan mereka tidak faham pun agama anutan kita. Apa yang perlu kita lakukan ialah menerangkan keindahan dan kebaikkan Islam yang kita anuti kepada mereka agar mereka faham lantas menghormati kita dan juga agama kita. Tetapi, sebaliknya pula tindakan kita.

Apa yang buat abg long terkilan ialah bilamana orang kita sendiri tidak mengikut acuan yang agama redhai. Kita kata kita Islam, tapi cuba tengok berapa kredit Islam yang kita amalkan sehari2. Islam bukan hanya untuk solat, berpuasa, tahlil, zakat dan perkahwinan. Islam adalah kehidupan. Seawal kita celik mata sehinggalah kita menutup mata.

Heboh dekat laman-laman sosial perihal tentang Lesbian-Gay-Bisesual-Transgender (pehhh...panjang gila babas dia punya nama, jadi disingkatkan jadilah  LGBT ). Macam2 komentar serta caci maki yang dilontarkan kepada sosok-sosok manusia yang memperjuangkannya. Sebagai muslim yang menyakini kerasulan Nabi Muhammad SAW dan KeEsaan Allah SWT sudah tentu kita akan pertahankan kesucian hidup beragama. Namun begitu, tidakkah kita sedar bahawa kita terlalu ekstrem menghukum penganut atau bangsa lain dalam isu ini. Kita dengan sengaja telah menghodohkan diri sendiri sebagai umat Islam. Perlu kita tanya pada diri masing2, adakah dengan cara sedemikian sahaja caranya untuk kita meludah mereka2 yang memperjuangkan agenda hodoh dan busuk ini? Islam tidak mengajar umatnya berpesta maki hamun. 

Islam itu ilmu - jadi, tunjukkanlah ilmu ajaran Islam itu kepada mereka agar mereka tahu. Islam itu cantik - jadi, tunjukkanlah kecantikkan Islam itu kepada mereka agar mereka merasai betapa indahnya Islam. Islam itu adalah kesempurnaan - jadi, perlihatkanlah kepada mereka perihal keelokkan Islam itu. 

Abg long memang tak sokong cara hidup LGBT...Rasa tak ubah macam haiwan pula jikalau kita manusia yang diberi akal oleh Allah SWT ini mengamalkan kehidupan sedemikian...Nabi tak mengaku umat wei!!. Tapi cara kita kena la betul. Kena ladeni dan tuntasi permasalahan ini dengan adil. 

Apa tindakan penguasa dalam menghalang potensi anutan  LGBT  ini dari meluaskan jaringan mereka. Apakah dengan hanya menakut-nakutkan bangsa melayu (Islam) dengan makcik Ambiga maka itu sudah di kira cukup? Adakah dengan menghodohkan pemimpin2 mereka yang memperjuangkan agenda  LGBT  ini sudah memadai? Kadang2 nak salahkan makcik Ambiga 200 percent pun tak boleh juga, beliau melihat perjuangan beliau itu dari sudut PERLEMBANGAAN NEGARA. Dalam konteks perlembagaan negara tinggalan penjajah itu sendiri memaktubkan bahawa rakyat Malaysia bebas beragama. Bebas bersuara. Bebas segala-galanya.

Tak sedarkah kita, tanpa mereka memperjuangkan  LGBT  ini pun umat Islam kat negara tercinta ini dah pun terjerumus dalam kegelapan. Rosak teruk. Kalau kenderaan boleh dikira untuk dijual kati. Nak overhold balik umat kena la buka quran, hadis, kitab2 yang diyakini. Bukan dengan menyalahkan orang lain. Cu tengok dan baca dalam media2 cetak, media elektronik dan laman sesawang, ada saja saban hari kes pembuangan bayi. Bukankah itu juga ekoran dari seks bebas.  Makhluk2 Gay-pondan-lesbian yang bersepah macam sampah depan mata ada kita kita nak kisah?. Pemandangan sedemikian sudah menjadi kebiasaan pula kan?. Dalam hal2 ini remaja melayu kitalah juga yang hebat menjuarainya. Remaja2 kita dihidangkan dengan hiburan yang melampau, maka lahirlah generasi kita yang terlampau. Kita marah makcik Ambiga dan geng beliau memperjuangkan   LGBT , tapi yang dah ada depan mata kita buat dunno jer. Al-kisahnya........

Kat kaca televisyen rileks jer unsur-unsur  LGBT  ini ditayangkan, kita tak pula hangin satu badan. Alasan kita, itu hanya lakonan semata....itu adalah kebebasan berkarya (pala hotak hang!!).  Apa pemimpin2 Islam kita buat setelah diberi kuasa? Tak kan bersantai kat kerusi empuk mengira harta dunia semata. Bukankah mendaulahkan agama Allah SWT itu sebahagian dari tanggungjawab sang penguasa. Bila dah nyawa kuasa dah sampai telinga baru nak meroyan bagai....salahkan orang itu, salahkan orang ini. Kalau macam tu ada baiknya pilih lembu dengan kera jadi pemimpin kita.

Sebab itu, untuk menyelamatkan akidah umat Islam maka HUDUD wajib dilaksanakan. Hudud ini hanya untuk umat Islam. Orang bukan Islam tak perlu keluh kesah kak Bedah. Bagi abg long, hanya orang Islam yang bermasalah dan beragenda sahaja yang menolak HUDUD ini. Takut dengan bayang-bayang sendiri. Apa yang Allah SWT buat tu semua dah comel dan sweet. Cuma kita jer sebagai hamba seringkali ingkar dengan segala laranganNYA. Sudahlah apa yang Allah larang kita tak nak ikut, apa yang Allah suruh kita ingkar, alih2 kita salahkan pula orang lain. Orang yang langsung tidak tahu tentang kesempurnaan Islam kita caci maki. Sungguh tidak best berperangai sedemikian. 

Bila suruh laksana HUDUD mula meroyan tak tentu pasal. Cakap HUDUD tak sesuai diamalkan di Malaysia yang bermasyarakat majmuk. Tapi abg long nak la juga bertanya, zaman Rasulullah SAW dulu hanya bangsa arab sahaja ke yang ada?. Lepas tu ada juga insan yang nak tunjuk dia hebat dengan mengatakan HUDUD adalah undang2 ketinggalan zaman.....Nauzubillah. Kecerdikan orang yang berkata sedemikian langsung tak boleh guna untuk mengembangkan Islam. Semoga mereka ini Allah SWT berikan hidayah. Ada juga yang terlebih genius menyarankan kandungan Al-quran ditafsir semula agar besesuaian mengikut peredaran zaman. Aduhaiiiiiiii.....kot ya pun cetek ilmu agama tak payah la nak tunjuk kebangangan kita, semoleknya bertanya dan rujukilah pada yang pakar agama. Jangan jadikan orang2 agama ini hanya sebagai tempat rujuk untuk nikah cerai sahaja. Kandungan Al-Quran tu Allah SWT buat dah elok, comel dan kiut. Sampai kiamat duk macam tu, Allah SWT tak akan ubah biar pun beriban kali zaman berubah. 

Abg long rasa tidak pelik jikalau incik Chua Soi Lek (siapa gerangan penama ini hangpa  tanya la lebai google yer...selamat berkenalan dengan beliau.....hihihi..) menolak hukum HUDUD dari dilaksanakan dibumi Malaysia. tetapi, ia akan menjadi pelik bilamana yang menolaknya adalah orang Melayu yang sah2 di kad pengenalannya tertulis perkataan ISLAM.

BERSIH...ini pun satu hal. Tak habis2 lagi kisah tentang dia. Pro dan kontra tentangnya tak tamat lagi untuk khalayak santuni. Baik pendokong UMNO-bn mahupun Pakatan Rakyat saling tuduh menuduh. Abg long yang tak berparti ini cool jer sebagai pemerhati bebas. Tapi bagi abg long, tiada salahnya pun geng2 bersih ini menunjuk rasa. Mereka hanya menuntut Piliharaya Bebas dan Adil. Abg long rasa UMNO-bn tidak perlu gusar dengan tuntutan BERSIH jika UMNO-bn yakin boleh menang dengan cara adil. Kalau sebaliknya tak tahu la abg long. Tapi, berdasarkan pengalaman yang diceritakan secara lisan oleh ayahanda abg long, maka Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) WAJIB membuat pemBERSIHan dalam menjalankan tugas berkecuali mereka. Mengikut hikayat ayahanda abg long, semasa dalam tentera (22 tahun perkhidmatan) tidak pernah walau sekali dia pangkah kertas undi. Sebaliknya, ada tukang pangkah yang tolong pangkahkan undi untuk dia. Tang parti mana yang dipangkah wallahualam...hanya Tuhan yang maha mengetahui. Jadi, selama berkhidmat dalam tentera hak ayahanda abg long sebagai warganegara telah dinafikan. Rasanya tidak salahlah 8 tuntutan geng  BERSIH  tu kan?.   

Bagi abg long LGBT dan BERSIH adalah dua entiti atau perjuangan yang berbeda. LGBT memang wajib kita tentang habis-habisan manakala BERSIH perlu kita dokong agar negara kita Malaysia bisa menjadi contoh demokrasi islamik tulen untuk negara lain seantero dunia. Biar negara Uncle Sam pula kelak study dengan kita <------ok tak cengini?


Tidak semua orang Islam itu mulia dan bukan semua orang kafir itu hina. Kebaikkan yang dibawa oleh orang kafir boleh kita ambil, tetapi KESESATANNYA jangan sesekali kita ikut.


Ok la, abg long stop dulu kat sini. Banyak lagi kerja hakiki yang perlu abg long santuni. apa2 pun, sila2 la tinggalkan komen kat entri ini. Hanya PENDAPAT yang abg long mahu bukan PENDAPATAN kamu.....(◕‿◕)☆™

  VS 

_________________________________
Anda mungkin juga berminat baca ini:

_____________________________________________________________

“… Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.” 
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.