Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Sunday 20 May 2012

4R | Apa Yang Istimewa?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Sebetulnya dah lama abg long nak menempel entri ini kat blog abg long. Tapi, atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan terpaksa la abg long hold kan dia kat draf dulu. Nah, hari ini abg long publishkan buat tatapan sahabat2 dan penyinggah blog DIARI SEORANG LELAKI ini. Abg long harap makcik2 dalam gambar ni kembang kempis lobang idungnya bilamana mengetahui cerita tentang mereka ada dalam blog abg long yang maha sedap ini (sesedap kuih muih bikinan makcik2 juga...hihihi...terbaekkkkk!!)

Abg long saja war2 kan iklan kuih segera ni kat sini. Mana la tau kan kot2 dapat membantu usaha murni makcik2 yang ada dalam gambar ni. Siapa lagi nak tolong orang melayu kalau bukan melayu kan? Bangsa lain sibuk tolong bangsa mereka, tapi orang kita (melayu) kebanyakkannya galak menjahanamkan bangsa. Ekoran dari itu, abg long nak la tolong makcik2 ini setakat yang abg long terdaya. Satu sen pun abg long tak amik upah. Kira kerja amal la ni. Sesungguhnya, niat yang baik akan di balas dengan kebaikkan. InsyaAllah.

Sejarah kuih segera 4R?
Tertubuhnya bisnes ini adalah hasil dari inisiatif kerajaan 1Malaysia melalui RISDA yang mana objektif penubuhannya adalah bertujuan untuk meningkatkan sumber pendapatan dan taraf hidup orang melayu di kawasan2 kampung. 


Untuk menjayakan hasrat murni ini RISDA telah membantu dari segi sumber kewangan, logistik, kepakaran serta pengkongsian ilmu melalui khusus2 dan bengkel2 yang diadakan. Nama 4R adalah gabungan pangkal huruf nama mereka yang bermula dengan huruf 'R'. Manakala nombor 4 pula membawa maksud kerjasama antara mereka berempat.


So, itu adalah serba sedikit sejarah penubuhan kuih segera 4R ini.


Antara sijil pengiktirafan dari badan2 kerajaan terhadap usaha gigih mereka
Menurut puan Rafe'ah selaku leader bagi program ini, antara kuih segera yang disediakan oleh rangkaian Kuih Segera 4R ialah Sardin Gulung, Karipap Inti Sardin, Karipap Inti Kentang, Roti Canai Segera dan banyak lagi.


Menurut beliau lagi, inti ikan sardin keluaran 4R adalah menggunakan ikan sardin yang segar serta dimasak dengan ramuan rahsia. Beliau menegaskan bahawa inti sardin yang dimasa tidak di campur dengan sardin yang terdapat di dalam tin.




Kebersihan kawasan dan penghasilan produk amat dititikberatkan. Ini bagi memastikan produk yang terhasil adalah yang terbaik. 




Bagi pasaran di kedai2 kat kawasan sekitar, mereka akan memasukkan kuih2 tersebut ke
dalam plastik bercover (oren), manakala untuk pemborong mereka hanya menggunakan plastik lutsinar. Plastik yang digunakan adalah dari bahan yang selamat dan tahan lasak. 



Puan Rafe'ah memberitahu bahawa mereka berempat akan dihantar berkhusus setiap masa secara bergilir2 oleh pengurusan RISDA bagi meningkatkan kemahiran membuat kuih, pengurusan kewangan dan juga pemasaran. Menurut beliau lagi, pemborong utama bagi produk mereka ialah seorang peniaga dari negeri Selangor. Manakala selebihnya adalah untuk pasaran di dalam negeri.








Kuih segera yang dihasilkan memang sedap dan lazat. Penghasilannya ibarat seperti ingin dinikmati oleh diri sendiri dan bukan untuk dijual. Kalaulah setiap pengeluar produk menghasilkan produk mereka seperti ini bermakna penggunalah yang dapat keuntungannya.


Kepada sesiapa yang ingin merasai kesedapan kuih segera keluaran 4R ini serta menjadi pemborong bolehlah pukul no telefon 012-6252428 (Puan Rafe'ah) untuk keterangan lanjut atau terjah sendiri tempat penghasilan produk seperti yang tertera pada papan kenyataan di atas sana.


"Mencari yang HALAL itu adalah WAJIB bagi orang Islam"

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.