Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Saturday 19 May 2012

Melamar Dengan 9,999 Kuntum Mawar Merah

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Hebat.....memang hebat. bagi abg long, hanya orang2 yang hebat sahaja mampu melakukan perkara2 yang hebat. Itulah manusia, kekadang kita akan menjadi hebat dan cool bila melakukan sesuatu yang bermakna buat insan yang tercinta. Kepayahan dan kesulitan sememangnya tiada dalam kamus kita. Yang ada hanyalah matlamat untuk mendakap cita dan cinta. Ternyata, dengan usaha serta doa maka kita betah memilikinya. 


Abg long rasa, hangpa yang kaum2 hawa ni tentu akan kembang kempis lobang hidungnya jikalau pasangan anda mampu melakukan sesuatu yang hebat ketika melamar anda. Betul tak?


Melamar teman wanita. Perkara itu biasa kita dengar. Tapi bukan kes ini. Seorang lelaki di China, En.Fan dan pasangannya Yin Mi telah menarik perhatian pengunjung di taman hiburan Guangzhou CHIME-Long Paradise di wilayah selatan Guangdong. En.Fan telah melamar teman wanitanya. Dimana, disitulah kali pertama mereka bertemu tiga tahun lalu ketika Yin Mi dinobatkan sebagai Miss Bikini 2009.




Sebelum En.Fan ingin melamar teman wanitanya, beliau telah membuatkan sepasang gaun yang sweet dan hebat. Gaun itu diperbuat dari 9,999 kuntum bunga mawar merah.





Kenapa memilih no.9? Mengikut kepercayaan, nombor 9,999 adalah nombor bertuah dalam budaya masyarakat Cina.


Bilangan 9 mewakili 'selama-lamanya' dalam budaya masyarakat Cina. Di Kota Larangan Beijing, maharaja dikatakan telah meminta 9,999 bilik untuk dibina.


Menurut legenda, bilangan 10,000 telah dikhaskan sebagai tuhan-tuhan, oleh itu maharaja percaya bilangan 9,999 akan membawanya lebih dekat ke syurga dan membawa dia nasib baik.


Dan yang mengembirakan En.Fan, Yin Min menerima lamaran tersebut dan cincin yang cantik tersarung dijarinya.


Diari:
Kalau hangpa la kan, cool tak kalau setakat 'ku pinangmu dengan bismillah'?. hihihi....Hulur senaskah al-quran, lepas tu ucapkan "aku melamarmu dengan bismillahirahamanirahim". Mungkin boleh dipraktikkan kot. Apa pendapat hangpa?

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.