Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Saturday 5 May 2012

Hujan | Blues Untuk Aku




بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة 


Patutlah cuaca dari siang tadi panas mencucuk-cucuk hingga ke tulang sum-sum. Rupanya hujan nak bertandang datang menjenguk alam. Saat ini, kat luar sana berebut titisan hujan turun membasahi bumi. Alhamdulillah, terasa sedikit dingin dalam melayari sepi malam ini. Cuaca sedemikian seakan menghadiahi 'Blues Untuk Aku' rasanya....hmmmm....Boleh bikin diri berbicara sama hati sendiri ni. Pe2 pun, sesekali perlu juga melayan diri, bebaskan fikiran terbang ke awan....mudah-mudahan sekeping merah hati ini tidak kealpaan. Mata ni tak pula mahu lelapnya, mungkin siang tadi dah banyak rehat menyimpan tenaga. Mahu tak mahu....hendak tak hendak, suka tak suka....terpaksa la juga melayan segarnya mata. 


Baru saja menghadam koleksi komik BLUES UNTUK AKU yang ntah ke berapa trillion million kali abg long khatam. 


Tak jemu untuk mencari sesuatu.....masih mahu belajar dari sesuatu, agar diakhiran nanti dapat mengenal sesuatu. Sesuatu yang abg long tidak tahu dan perlu abg long ambil tahu. 

Buat bintang2 ♥ Abang Long....

Gantunglah harapanmu
Setinggi BINTANG di langit
Rendahkanlah dirimu
Serendah MUTIARA di lautan

Dalam hidup mesti ada PRINSIP. Tanpa prinsip kita akan buta arah.....sesat haluan, hilang tujuan. Apa yang diharapkan pada pentas lakonan ini....Kadang-kadang kita lupa pada Yang Ada. Kita saja langgar perjanjian di 'sana'. Dari Dia kita datang....kepada Dia kita pulang.

Berguru-beriman
berilmu-beramal
bekerja-berbakti
berbahasa-berbudi
Bertawakkal....

Bukankah Allah yang memberi rezeki dan Dia jualah yang berhak lagi berkuasa untuk membalik-balikkan hati.

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.