Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Saturday 12 May 2012

Tips | 10 Cara Untuk Disukai & Jadi Popular

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Dalam hidup ini, nak buat orang benci kita mudah sekali. Tetapi, untuk buat orang lain menyukai dan menghargai diri kita umpama bermimpi di siang hari. Bukan mudah sebenarnya untuk mendapatkan perhatian orang lain terhadap diri kita.

Dalam berblogwalking pun sama, tiada semua apa yang kita conteng akan disukai dan digemari. Tidak semua idea yang kita persembahkan akan dibacai. Khalayak yang menyinggahi berbagai ragam dan pesonanya. Oleh itu, tidak kira siapa pun mereka ini, mereka perlu untuk kita hargai.

Kata kunci yang paling penting sewaktu kita menjalinkan hubungan dengan orang lain ialah menghargai diri. Untuk menjadi seorang yang disenangi dan disukai, kita perlu belajar  bagaimana untuk menghargai diri orang lain terlebih dahulu. 

Jadi, tips yang abg long selitkan ini boleh jadi berguna untuk kita guna semasa berukhuwah di alam maya mahupun dialam nyata. 

Ikhlas memberi pujian.
Pujian itu bak air segar. Jika kita bersedia memberikan air segar itu kepada orang lain, kita akan berada dalam posisi yang disukai. Caranya? Bukalah mata hati seluasnya untuk sentiasa melihat sisi baik kepada sikap dan perbuatan orang lain. Pujilah dengan rasa tulus dan perasaan yang ikhlas. 

Buatlah orang lain merasa dirinya sebagai orang penting.
Tunjukkan dengan sikap dan ucapan bahawa anda menganggap orang lain itu penting. Contohnya, jangan biarkan orang lain menunggu anda terlalu lama. Tepatilah janji. Ucapkalah maaf apabila melakukan kesilapan.

Jadilah pendengar yang baik.
Berikanlah kesempatan kepada orang lain untuk bercakap. Kurangkan penggunaan 'saya' tetapi banyakkan menggunakan 'awak' semasa berkomunikasi. Ajukan soalan dan buat dia seronok untuk terus bercakap. Degar dengan baik dan jangan menilai atau memberi komen jika tidak di minta.

Usahakanlah untuk menyebut nama orang lain dengan betul.
Nama adalah milik berharga yang bersifat sangat peribadi. Biasanya, orang tidak suka apabila kita menyebut namanya tidak betul atau sebarangan. Sewaktu berinteraksi dan berkomunikasi, sebutlah namanya sekerap yang mungkin.

Bersikap ramah.
Setiap orang senang apabila dilayan dengan ramah. Keramahan menjadikan orang lain merasa diterma dan dihargai. Keramahan juga membuatkan orang merasa betah berada di samping kita. Tetapi AWAS! jangan pula kita terlampau ramah sehingga kita kelihatan seperti tergedik-gedik. 

Bermurah hati.
Anda tidak akan jatuh miskin kerana memberi. Seorang yang sangat bijak pernah menulis, "Orang yang murah hati sebenarnya berbuat baik kepada dirinya sendiri. Kemurahan hati di satu sisi baik untuk anda, dan di sisi lainnya berguna kepada orang lain. Bukan sahaja bermurah hati dalam bentuk kebendaan semata, dalam sudut keilmuan juga begitu. Tidak akan habis ilmu kita seandainya kita memberi ilmu bermanfaat kepada orang lain. Sebaliknya, kita akan memperoleh kenikmatan dari pengkongsian ilmu itu.

Hindari tabiat suka mengkritik, mencela atau menganggap remeh.
Orang pasti tidak suka apabila kelemahannya diketahui oleh orang lain. Apatah lagi jika dimalukan. Kesannya, akan merenggangkan lagi hubungan. Jika mahu, nasihatlah dengan berhemah. Hormatilah pendirian orang berlawan kita.

Bersikap tegas.
Orang yang disukai bukanlah orang yang perlu sentiasa berkata YA, dan berkatalah TIDAK apabila perlu sahaja. Tidak perlu memaksa orang lain mengikut kata-kata kita. Jangan takut untuk berbeza pendapat dengan orang lain selagi tidak menimbulkan konflik. Sikap sebegini akan lebih dihargi.

Lakukan apa yang kita ingin orang lain lakukan kepda diri kita.
Apa yang kita mahu dari orang itu, itulah yang perlu kita lakukan terlebih dahulu kepada orang lain. Ambil inisiatif untuk memulakan. Sebagai contoh, jika mahu orang ikhlas dengan kita, mulailah ikhlaskan diri kepada orang lain. Jika mahu diberikan perhatian, mulailah memberi perhatian kepada orang lain. Jika mahu dihargai, hargailah orang lain terlebih dahulu.

Cintailah diri sendiri.
Terimalah diri kita seadanya. Sukai dan lakukan yang terbaik untuk diri sendiri. Semakin kita menyukai diri sendiri, semakin mudah untuk kita menyukai orang lain. Cintai dan sukailah orang lain seperti mana kita mahu orang lain mencintai dan menyukai kita. 
__________________________________________________________________
“… Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.” 
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.