Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Saturday 12 May 2012

Wajah-wajah pramugari Indonesia sebelum kesemuanya terbunuh dalam nahas Sukhoi Superjet 100

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Dua pramugari Sukhoi bergambar bersama juruterbang Alexander Yablontsev (kiri) dan pembantu juruterbang,  Alexander Kochetkov sebelum penerbangan sulung pesawat itu, di Jakarta 9 Mei.
Mereka juga terbunuh?
Seramai 11 daripada 14 pramugari yang terpilih dalam penerbangan sulung Sukhoi ini dilaporkan turut terkorban dalam nahas di kaki Gunung Salak, Bogor.
Wajah-wajah terakhir para pramugari Sukhoi sebelum mereka dilaporkan terbunuh dalam nahas
di kaki Gunung Salak, Bogor 
Inilah wajah-wajah riang 11 pramugari rakyat Indonesia yang terpilih dalam penerbangan sulong pesawat Sukhoi Superjet 100 sebelum pesawat milik Rusia itu terhempas di kaki Gunung Salak, Bogor, Jawa Barat beberapa hari lepas.

Mereka bergambar riang berlatarbelakangkan pesawat Sukhoi tersebut beberapa jam sebelum berlepas dari Lapangan Terbang Halim Kesuma, Jakarta kerana merasakan merekalah yang paling bertuah kerana terpilih sebagai pembantu dalam penerbangan tersebut tanpa menyedari bahawa itulah juga penerbangan terakhir mereka.

Kesemua 11 pramugari itu dilaporkan terkorban dalam nahas tersebut. Mereka ialah Ade Arisanty, Rossy Witham, Nur Limawati, Susana Pamella Rompas, Dewi Mutiara Intan Permata, Maria Marcella Dayu Larita, Heni Steffany, Aditya Recodianty, Rahmani Susanti, Anggraini Fitria Swesty S, dan Maysaroh.

Bagi yang beragama Islam, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka dan kepada yang bukan Islam, semoga bersemadi dengan aman.

Ahi keluarga meratapi pemergian mereka
Suasana hiba ahli keluarga mangsa 
____________________
Nota:
Hidup kita ini ibarat buah....sampai masa akan gugur ke tanah. Tak kira la buah yang tua atau putik muda. Kalau dah sampai ajal tu, tak kira tua muda. Sesaat pun tidak sempat bertangguh, sebab tu kita di tuntut beribadat bersungguh2.

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.