Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Monday 18 June 2012

Sayonara buat Teman...buat semua

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Dah lama tak membebel kat blog yg serba oranje ini. Sebetulnya banyak benda yg terjadi semenjak tiga minggu yg lalu dan terlalu banyak yg ingin di kongsi bersama. Namun, keterbatasan waktu serta kesulitan yg menghimpit diri membataskan jemari menari2 di keyboard ini.

- Tempat jatuh
Untuk n3 kali ni, abg long nak kongsikan tentang sebuah kenangan. Ya, sebuah kenangan yang abg long kira mahal harganya maha benar. Selama 1605 hari abg long bersama mereka. Bukan sedetik masa kami bersama. Sepanjang di sana banyak kenangan yang tercipta.  Berkarun jerih perih yg digumba. Walaupun berlainan bangsa dan agama, kemesraan antara kami tetap ada. Menabur bakti dan menerima ilmu tanpa mengira bangsa dan agama.  Terlalu sukar untuk meninggalkan semua, namun apa daya…..setiap benda baru ada awal dan akhirannya. Setiap pertemuan pasti bertandang saat perpisahan yang menyakitkan.

SWEET MEMORIES
Kekadang kita perlu berhijrah untuk perubahan, demi sebuah kehidupan yang baru…..supaya dalam hidup kita penambahbaikkan betah berlaku. Kita tidak perlu terlalu statik dlm kehidupan. Ada kala kita perlu juga berjalan, lantas berlari….Cuma, kita perlu berhenti sementara dikala lelah membelit diri dan jiwa. Bukankah orang lama pernah berpesan, “Banyak perjalanan luas pengalaman”, Bukankah pengalaman hidup  itu sendiri adalah guru yang paling akrab.


Jadi, demi penambahbaikkan (sekirannya tidak tersalah percaturan) maka abg long terpaksa keluar dari kedaerahan yang memula menjana pengalaman buat abg long dalam melayari dunia keguruan…..Tanah Selat Tebrau tetap dihati abg long, SJKC BAN FOO sentiasa dalam bingkai kenangan abg long untuk selamanya. Tempat jatuh lagi kan di kenangan ini kan pula tempat pertama kali memijakkan kaki dalam dunia mendidik. Namun, inilah yang dikatakan kehidupan.

Kepada sahabat2 di SJKC BAN FOO terima kasih atas kerjasama serta tolenrasi yang kalian persembahkan. Buat teman2 di Tanah Selat Tebrau, sekalung ucapan terima kasih atas budi, tunjuk ajar serta ilmu kehidupan yang kalian kongsikan. Sesungguhnya, kenangan bersama anda semua tidak mungkin abg long lupakan selagi hayat dikandung badan. InsyaAllah, andai ada jodoh kita pasti kita akan dipertemukan lagi olehNYA.

Buat bintang2 hati abg long di SJKC BAN FOO…..Cintailah ilmu, hargailah guru dan hormatilah ibu bapa mu….nescaya, hidup kan sukses selalu. Semoga berjaya dalam apa juga bidang yang diceburi kelak. Sesungguhnya, “TIADA YANG BERUBAH JIKA DIRI TIDAK MERUBAH”….Study Smart and don’t play2…..(^___^).

Selamat tinggal semua……berpisahlah kita buat sementara. Berpisah kita hanyalah dimata tapi bukan di jiwa. InsyaAllah…..andai ada jodoh buat kita, kita pasti kan bersua semula.


Kat bawah ni sebahagian dari warna-warna kenangan yang tidak betah hapuskan.









Tahun 5
Tahun 5
Tahun 4
Tahun 3
DIARI HATI:
InsyaAllah, untuk masa2 akan dtg abg long akan publish tempat baru abg long duk melepak kini.

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.