Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Thursday 19 July 2012

Terengganu Cuti Ahad Nanti...Yeeepiiiiiii!!!!!!!!!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Firtsly abg long nak mengucapkan taniah buat kontijen Penyu atas kejayaan depa mengungguli SUKMA ke-15. Rasa2 belum terlewat waktu kot wish abg long ni...hihihi ^^. SUKMA ke-15 sekali lagi memberi tuah buat depa untuk dinobatkan sebagai juara. Arus kehebatan atlit depa tidak dapat di tahan oleh mana2 atlit negeri lain yg bertanding sama. Ternyata Sang Penyu berada dalam kelas Mahadewa….empat kali berturut2 beb depa jadi Sang juara….Oh la la lalalalala……Tentu pengurusan sukan negeri2 lain akan pening kepala. Mesti depa tengah susun ayat baik punye untuk mengadap masing2 punya ketua (Menteri Besaq/Ketua menteri). Sah2 report nanti panjang berjela. Nak buat macam mana, atlit ramai yg tak bermaya…pakat perabis kan boreh je...^^. Abg long rasa ada eloknya negeri2 len pakat2 korek rahsia bagaimana Penyu boleh bikin ramai wira sehingga depa boleh muncul juara. Cuba hangpa tanya lebai google ttg khasiat telur penyu, mana la tau kot2 ada sesuatu kat situ….kuikuikui…..hihhihi…^^


Atas sebab Terengganu muncul juara SUKMA maka Tok Mat Said selaku MB telah mengisytiharkan seluruh tanah jajahan Sang Penyu akan holiday pada 22 Julai 2012 (Ahad)….clap…clap…clap….Maha best la dpt cuti ni, semacam diri abg long sebahagian dari atlit2 Terengganu yg ke SUKMA. Terasa sgt2 diri dihargai…..hihihi…….Ini la yg dikatakan lembu punya susu, semua dapat rasa……ahaks3…..Baru hampir dua bulan abg long berkhidmat kat sini dah diberi holiday..^^ terbaeeeeekkkk!!. 




KEMAMAN - Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mengisytiharkan cuti peristiwa sehari pada Ahad ini bagi negeri itu sempena kejayaan kontinjen Terengganu pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-15.
  
Beliau mengumumkan perkara itu ketika menyambut kontinjen Terengganu yang tiba dari Pahang di sempadan negeri Kemaman-Kuantan, di sini.
  
Terengganu yang mengutip 62 emas, 24 perak dan 31 gangsa muncul juara Sukma Pahang 2012, sekali gus mempertahankan kejuaraan yang diraih sejak Sukma Terengganu 2008, Sukma Melaka 2010 dan Sukma Kuala Lumpur 2011. - Bernama
Kosmo| 17.07.2012
Rasanya tak perlu kot abg long ulas pepanjang perihal kebestan Sang Penyu ni jadi juara SUKMA. Abg long ni hanya blogger picisan lagi hingusan. Dalam bahasa buku teksnya abg long ni ibarat buah cempedak diluar pagar…….Lagi pun dah ramai tok dalang bahagian sukan kat media2 arus perdana dan portal online dah mengulas tentang ini. Well, macam tak best pula kalau abg long amik alih tugas depa kan?. Abg long bukan apa, malas nak menambahkan perisa isu tentang wartawan vs blogger yg heboh didebatkan muktahir ini. Kalau hangpa tak tau ceghita ni memang hangpa spesis yg rabun maklumat la gamaknya…ahaks3….hihihi…Sekali lagi taniah buat kontijen Penyu a.k.a Terengganu atas kejayaan dinobatkan selaku juara SUKMA ke-15.

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.