Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Saturday 1 September 2012

Ditangkap Khalwat Malam Merdeka 2012. Merdekakah Kita?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Kepenatan bercanda daan berprogram di Awang Beach Resort, Rantau Abang, Terangganu yang membungkusi diri masih lagi berbaki. Walaupun dah berjam-jam waktu dari petang tadi abg long manja2 kan diri di kamar beradu namun saki baki penat dan letih masih bersisa. Kalau la ada kerusi Ogawa kat umah abg long ni best gak. Incik Ogawa tak mau ke kasi barang sebiji dua kat abg long erk? Nanti leh la abg long kasi promosi free about Ogawa sama org kampung abg long...Hi Hi Hi

Atas dasar tak mahu blog ni bersawang abg long gagahi jua diri untuk berbicara barang sepatah kata. Untuk kite2 aje...

Entri kali ni abg long bukan nak story pasai kisah abg long dan Rantau Abang. Tapi nak sambung sedikit perihal kemerdekaan yg kita semua pakat2 gembira bagai duk sambut tuh ha. Abg long tak kata sambut kemerdekaan negara kita tu salah (yg ni angpa boleh tanya Prof.Zainal Keling sbb dia lebih faham ttg negara kita dijajah atau dinaungi dan kewajaran kita menyambut Hari Kemerdekaan ke-55 ini). Cuma kat sini, abg long nak sentuh ttg cara SALAH kita menyambut kemerdekaan.

Sedang dok godek2 emel dan baca paper online tetibe mata abg long tertacap pada satu berita dan cerita. Cerita sadis, cerita meruntun jiwa laki2 abg long ang ni ha....Malam b4 menyambung ambang merdeka abg long dan tulis dan pesan. Tapi, apalah sangat catatan dan pesanan insan sekerdil abg long ni ha....Bukan khalayak nak amik pot pun kan?...Rasa macam nak merajuk je, tapi dengan merajuk tidak akan membuat life abg long boleh jadi cool. Sebetuinya Abg long dapat rasakan kemungkinan kisah itu akan berulang. Saban tahun,  selepas menyambut ambang merdeka, keesokkan harinya cerita itulah yg menjadi santapan minda kita. NotaDiari abg long sebelum ni bagai mencurah air di daun keladi bunting. 

-Gambaq Hiasan
Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) diberitakan mencekup 19 pasangan beragama Islam yg bersekedudukan malam ambang merdeka. Bila dah nama pasangan beragama Islam tu sudah tentu la depa ni pernah melafazkan khalimah syahadah. Tapi, cara hidup depa mengalahkan orang jahiliah dan kafir laknatullah. Pasangan yang kena cekup tu pula berumur lingkungan 19-40 tahun. Aduhaiiiiiiiiiiii....umur 40 tahun beb. Rumah kata pergi kubuq duk kata mai sini pun masih lagi duk buat kerja keji. Keldai punya olang lolllllls

Macam2 cara depa ni buat untuk mengelak diri dari kena tahan dengan JAIP. Ada yang main nyorok2 bawah katil, buat2 tgh mandi dalam tandas, daftar diri dengan nama palsu dan sebagainya. Namun, strategi bangang depa tu terkantoi gak akhirannya. Bila dah kena cekup, siapa yg malu? Lu pikiaq la sendirian berhad....malas abg long nak habaq aihh.

Ini baru JAIP yg buat serbuan dan dilaporkan oleh Bernama. Yang lain tak tau la abg long nak cerita. Maklum la, abg long bukan penguatkuasa. Adakah tempat-tempat lain ambang merdekanya di sambut dengan kesucian? Wallahulam...

Ini baru serbuan kat hotel bajet. Kalau buat serbuan kat hotel2 tiga pat lima bintang sama gerenti tak muat dewan JAIP nak tempatkan keldai2 tersebut. Ayat marah ni taw!! 

-Gambaq Hiasan
Merdekakah kita?
Inikah yang kita mahu ditanah pusaka tercinta?
Best dan coolkah undang2 manusia yg sedia ada?
Abg long tak mahu cakap banyak, Abg long serah pada angpa untuk menjawabnya.

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.