Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Monday 29 October 2012

Best ke jadi pencuri kabel?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Balik cuti raya korban ritu memang beraya sakan. Sapa2 yang beraya kat negeri Cik Siti Wan Kembang tentu akan merasai akan kemeriahan sambutan dia. Setiap hari akan ada saja yang buat makan2. Menu daging lembu sudah tentu la yang paling utama. Makan daging banyak kekadang bikin kepala pun boleh jadi pusing....HaHaHa....Apa pun kemeriahannyaa memang best.

Kemeriahan sambutan raya korban ni memang dah sinonim dengan negeri Cik Siti Wan Kembang ni. Tanya la sapa pun, depa pasti kata yang sambutan memang meriah gila. Raya korban ni depa mai ziarah menziarahi macam kita duk sambut raya aidilfitri. Lepas tu, setiap rumah yang buat korban pasti akan diadakan kenduri kecil-kecilan. Memang meriah sakan.

Kalau nak cuba rasai kemeriahan sambutan raya korban kat sana boleh la usya2 minah come lote dari sana untuk dijadikan pasangan hidup......sahabat2 yang pompuan pun boleh la usya si mamat dia juga.....HiHiHi.....

Kesibukkan meraikan raya korban bukan penyebab utama abg long tak bersiaran tapi ada sebab lain yang menghalang. Abg long pernah bagitau tentang ini sebelum ni. Sebelum bertolak ke teratak bonda ayahanda dah kedengaran ceghite tak best berlaku kat sana. Ternyata, kepulangan raya korban tahun ni menjadi pemangkin untuk abg long menambah berat badan berbanding menambah posting kat blog yang maha tak best ini....HeHeHe...

Macam mana nak tambah jumlah posting kat blog dan ceghite best masa duk lapah lembu korban jika line tenet satu bar pun tak nampak bayang rupa. Penyebabnya bukan salah telekom tapi salah masyarakat kita. Orang kita yang otaknya kementot. Suka cari jalan mudah untuk tidak hidup susah. Tapi sikap dan tingkah itu sebenarnya menyusahkan semua orang termasuk diri si pelaku itu sendiri.

Saujana mata memandang, hanya tiang2 sahaja yang berdiri megah membenam perut bumi. Sedang wayar (kabel) langsung tiada. Tak lain tak bukan sebab kes curi kabel. Sikap kita, sikap orang kita bila diberi kemudahan tidak mahu menghargai. Bila dalam kesenangan langsung tiada rasa untuk mensyukuri. Vandalisme di mana2 sahaja.

Habis kabel diangkutnya. Sikit pun tak bersisa. bagi abg long, ini kerja orang gila....kerja orang tak reti hukum agama. Hidupnya semata untuk dunia. Jika depa yang buat benda lagu ni kenal Tuhan, hukum dosa-pahala sudah tentu depa takut nak buat sedemikian rupa. 

Ada juga rukun tetangga (KRT) yang duk berjaga, tapi depa si penyamun kabel ni memang otak jahat gila. Dalam orang duk berjaga, kabel sempat depa rembat juga. Tak tahu la, sama ada pencuri bertambah genius atau KRT yang berjaga leka dan alpa.

Kes kecurian kabel begini boleh sebabkan orang2 kampung mengalami kepayahan dan kesukaran. Kalau berlaku apa2 kes kecemasan seperti kebakaran, kemalangan dan sebagainya sudah tentu la ia menyukarkan untuk hubungi pihak yang berkenaan. Kes sedemikian bukan pertama kali berlaku. Tapi dah acapkali terjadi. Dengar khabar telekom pun dah malas dah nak buat penyambungan semula. Telekom rugi toksah ceghite la (belum ada lagi telekom isytihar depa mengalami kerugian....tiap2 tahun depa duk umum keuntungan ja). 

Bagi si penyamun kabel ni depa tak takut sapa. Undang2 Tuhan pun depa boleh lawan apatah lagi undang2 yang manusia bikinkan. Ntah la, tak tahu sampai bila mentaliti masyarakat kita akan berubah. Best ke jadi pencuri kabel telekom ni? Bukan boleh jadi kaya raya pun. Kan elok pi merompak bank, cepat sikit jadi kaya dan matinya....




Bulatan merah tu kabel yang telah di potong oleh si pencuri kabel. 

Balik tempohari abg long hanya mampu melopong dan melihat tiang2 yang megah berdiri tanpa fungsi. Elok ja si pencuri kabel ni kalau dapat tangkap buang ke dalam kandang rimau atau kolam buaya kat zoo sana. hidup menyusahkan, mati pun menyusahkan.....Apa pun tak boleh.....

Barakallah fiikum


NotaDiari:
Jom jadi baik....baik itu cantik!

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

2 comments:

  1. hai abg long.. wee.. ore kelate deh.. sopmo gitu.. siswi balik kelate pun msti gegey psl ore curi kabel.. isk..isk.. moral masyarakat loni dih

    ReplyDelete

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.