Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Thursday 18 October 2012

Hujan dan nescafe panas

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Rintik-rintik hujan masih lagi bersisa turun membasahi bumi. Cuaca yang dingin seakan mencucuk tulang temulang. Kipas sedari awal lagi dah off dia punya fungsi. Biarlah dingin yang di bawa hujan ini menyapa diri. Kerana udara yang sejuk dan segar ini boleh membawa diri melayan hati. 

Di langit sana, gelapnya masih gelita. Tiada tanda hujan kan reda walau lebatnya sekali sekala. Teringat pesan orang-orang lama, dipenghujung Oktober ini musim tengkujuh bakal tiba. 

Hujan yang turun aku amati, hadir ia bagai hiburan buat sekeping hati......lantas aku tersenyum sendiri. Tetiba ingat menerawang pada sebuah nostalgia yang sukar untuk dilupakan. Kisah kehidupan insan, kisah hidup yang dipinjamkan. Kenangan itu.....masih terakam dalam kotak waktu. Masih teguh dan utuh menghuni ruang itu, merah sekeping hati ku.

Nescafe panas hampir separuh ku teguk. Kehangatan ia mengurangkan rasa dingin dek hembusan angin yang menerpa masuk. Masih lagi menghayati keindahan hujan diberanda hidup itu,  lantas hujan mengirim pesan padaku, "Aku adalah rahmat dari Tuhan mu". Aku mengangguk tanda mengiakan bicaranya.  Lagi pun, Allah Ta’ala berfirman yang bermaksud, “Dan Dialah Yang menurunkan hujan sesudah mereka berputus asa dan menyebarkan rahmat-Nya. Dan Dialah Yang Maha Pelindung lagi Maha Terpuji.” (QS. Asy Syuura: 28). 

Hujan diluar sana tiada tanda menunjukkan ia akan reda. Nescafe dalam mug pun dah semakin kurang isi dan sejuknya. Seruan Ilahi dah hampir tiba. Menuntut aku bersiap siaga 
agar sujud kepada DIA. 


Hujan dan nescafe panas pasti kan menjadi peneman setia. Di lain masa dan ketika. Tatkala hati ingin bermonolog dan meluah rasa, citra sebuah jiwa.

Rindu pada hujan suatu ketika itu semakin membuak rasa. Namun, seruan Ilahi semakin mengamit diri. Hanya mampu sampai di sini. InsyaAllah, selepas ini tetap akan bersimpuh diri di teratak Diari Seoraang Lelaki ini.

Jazakallah fiikum

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.