Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Friday 19 October 2012

Intipati Khutbah Jumaat

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Abg long nak ulas dan kongsi sedikit tentang isi khutbah hari ini dengan sahabat semua. Moga-moga ia dapat memberi 'sesuatu' buat kita.

Khatib Al-Fadhil Ustaz Ismail hari ni menyentuh perihal peranan dan tanggungjawab para bapa terhadap anak-anak mereka. Juga di sentuh tadi adalah tentang perilaku anak-anak baik lelaki mahupun perempuan yang bisa mengheret bapanya ke neraka. 

Dalam khutbah tadi khatib ada menegur tentang sikap ibu bapa (terutamanya si bapa yang menjadi ketua keluarga) yang tidak cakna akan perkara-perkara yang anak-anak lakukan diluar rumah. Ibu bapa sekarang terlalu memberi kepercayaan kepada anak-anak dan membiarkan anak-anak lepas bebas menentukan hala tuju hidup mereka. Disebabkan sikap beginilah, maka banyak sekarang ini berlaku kes-kes sosial dikalangan muda mudi. Antaranya; seks bebas, dadah, chikaro, bohjan, pecah rumah, samseng dan sebagainya. 

Ibu bapa sekarang terlalu sibuk mengejar dunia sehingga terlupa tanggungjawab mereka. Urusan mendidik anak-anak diserah sepenuhnya kepada guru-guru di sekolah. Sedangkan mereka tahu tugas mendidik anak-anak agar menjadi insan soleh dan solehah bukan semata dibahu seorang guru. Ibu bapa perlulah berperanan dirumah sebagai agen pengukuhan dan pengayaan ke atas ilmu yang telah anak-anak pelajari di sekolah.

Ibu bapa sekarang ini kurang memberi dan menekankan aspek hidup beragama ke dalam hidup anak-anak mereka. Sempat juga tadi khatib melemparkan soalan kepada makmun, "Berapa ramai bapa yang mengimankan solat bersama anak-anak dan ahli keluarga?". Menjadi bapa bukan semata mencari nafkah dan memberi keperluan duniawi kepada anak-anak, menjadi ibu pula bukan semata menyediakan makanan dan persiapan harian untuk anak-anak, yang lebih penting adalah menyediakan dan memberi ilmu agama serta membimbing anak-anak agar mengenal Tuhan mereka.

Ibu bapa harus mengambil tahu setiap pergerakkan anak-anak mereka di luar sana. Tanyakan anak-anak ke mana mereka pergi?  Dengan siapa mereka berkawan? Tanya apa yang mereka lakukan diluar sana. Sebagai ibu bapa kena banyak bertanya. Bak kata pepatah, "malu bertanya sesat jalan". Jadi, jika tak mahu anak-anak kita sesat jalan dalam kehidupan ada eloknya banyakkan beri mereka soalan.

Kawal dan pantau penggunaan internet oleh anak-anak. Takut mereka menyalahgunakan kemudahan dan teknologi untuk aktiviti-aktiviti yang kurang sihat. Ibu bapa sekarang sudah mampu untuk menyediakan gajet mahal dan terkini untuk anak-anak, tapi berapa kerat yang mampu untuk menyediakan bekalan akhirat (ilmu agama) untuk anak-anak. Perkara ini perlu kita renungkan bersama. 

Muktakhir ini, bila sesuatu perkara buruk dan negatif terjadi ke atas anak-anak mereka, kebiasaanya ibu bapa hanya suka menyalahkan anak-anak tanpa mereka sedar kesilapan diri mereka sendiri. Baik atau buruk yang dilakukan oleh anak-anak kita itulah cerminan diri kita sebagai ibu dan bapa untuk mereka. 

Peranan anak-anak bagaimana? Tak usah tanya peranan anak-anak. Jika ibu bapa tahu peranan mereka dengan sewajarnya, anak-anak dengan sendirinya nanti akan tahu peranan mereka terhadap ibu dan bapanya. Titik mulanya ada di tangan ibu bapa. 

Well, intipati khutbah kawan2 yang lain macam mana? Boleh kongsikan bersama? Sharing is caring.....caring is loving.....

Wallahualam

Barakalllah fiikum

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.