Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Wednesday 31 October 2012

Kisah ditandas awam

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Bergegas balik rumah seusai mesyuarat. Lewat benar mesyuarat siang tadi berakhir,  jam ditangan kiri menunjukkan dah pukul tiga lebih. Lepas mandi dan menghambakan diri padaNYA bersiap untuk ke pekan Chukai, Kemaman. Nawaitu cuma satu, tujuan juga satu....terjah klinik.

Jauh perjalanan yang terpaksa ditempuh dari kuarters ni ke pekan sana. Hampir sejam juga. Tapi apa boleh buat. Dah tertakdir tercampak di sebuah ladang di kawasan pedalaman.....Redha itu comel....HiHiHi...

Lepas ke klinik kat dalam ni rasa semacam duk bergangnam style. Perih maha pedih. Memulas-mulas. Melilau cari tandas awam.

Dipendekkan cerita (malas nak conteng pepanjang....memualkan...HaHaHa...) Masa kat dalam tandas tu abg long punya la kelat duk meneram....Oppppssssssssss....tercerita pulak....HeHeHe...Ok....Ok...Abaikan. Bukan pasal ni yang abg long nak story. 

Angpa pernah masuk tandas awam tak? Abg long kalau keluar memang payah maha susah nak masuk tandas awam. Jika boleh tahan akan abg long tahan sedaya mungkin. Kat rumah baru abg long release kan segalanya. Melainkan jika tak tertahan  sesangat baru abg long terjah tandas awam, itu pun jika tiada tandas masjid atau surau yang berdekatan. 

Tandas awam ni angpa faham-faham ja la kan.....banyak yang tak semegah mana berbanding yang fuhhhhhhhhhh syok gila, kalau boleh nak ja tido kat situ. Yang macam gini boleh bilang dengan jari tangan bersekali jari kaki.

Angpa pernah tak tertengok-terbaca tulisan dan gambaq yang orang otak kementot duk conteng dalam tandas awam? Apa motif depa buat lagu tu erk? Apa salah tandas tu pada depa sampai depa conteng sesuka sesuki pedal ja. Ada yang di conteng dengan no telefon awek ntah mana, ada yang dilukis gambaq2 18sx......maki hamun dan sebagainya. 

kat bawah ni sebahagian gambaq yang sempat abg long amik masa tengah syok duk ngangkung dalam tandas awam kat Casa Limbong, Chukai tadi.




Kot ya pun nak melepaskan amarah bukan dinding tandas awam tempatnya. Kalau nak berpolitik sekali pun, bukan tandas awam tempat yang sesuai. Banyak lagi saluran terbaik untuk melepaskan amarah dan berpolitik. Jika guna cara sebegini, ini namanya politik taik. Lain kali guna la saluran yang betul. Paling koman pun bina la blog macam abg long ni ha, luah kat blog lagi best dan cool dari duk conteng tempat-tempat awam tak tentu hala. 

Malu wei kat pelancong luar yang mai negara kita. Tandas penuh tulisan maki hamun dan gambaq 18sx serta no telefon ntah siapa-siapa ntah. Tandas awam itu mengambarkan identiti masyarakat sesuatu negara....pesepsi orang luar terhadap masyarakat kita dengan melihat keadaan tandas awam yang ada. Itu angpa kena tau. 

Tulisan-tulisan ketidakpuasan hati sebegini bukan sahaja datang dari pihak2 yang membenci oposisi, kekadang ada juga puak2 yang mendokong oposisi melakukan tabiat sebegini. 2 x 5...5 X 2....Pi mai pi mai tang tu juga. Negara kita ni kategori negara Islam. Jadi, tunjukkanlah keelokkan Islam itu pada semua bangsa dan semua agama. Toksah la duk buat kerja huduh lagu ni. Takdak sapa pun yang nak menghargai.

Jadi, kepada angpa semua. Jagai la tandas awam kita. Bersih selepas digunakan. Bersamalah kita jadi masyarakat yang comel akhlak dan cantik pekertinya.

Wallahualam

Barakallah fiikum



___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

1 comment:

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.