Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Thursday 4 October 2012

Kuah Rojak Gitu-Gitu Amir Aiman Akashah

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Dua tiga hari lepas teringin pulak tekak dan perot ni nak pekena rojak. Buah pauh muda rumaje punya la bersepah kat dapuq. Tapi, pauh muda ni tidak enak dimakan begitu sahaja.....Kalau roti gardenia boleh la kot enak dimakan begitu saja. Kalau ada kuah rojak gerenti masyuk dengan selera. 

Angpa kenai dak dengan kuah rojak Mak Bee? Angpa penah rasa? Peehhhhhhhhhhhhhhh.....ni yang buat kecuq ayaq liur ni. Dah macam pompuan mengandung anak sulong pulak mengidamnya....Ha Ha Ha....

Disebabkan payah bebeno nak dapatkan kuah rojak Mak Bee kat ladang di kawasan pedalaman ni, maka abg long bikin sendiri la pencicah untuk di makan dengan buah pauh muda rumaje lagi belia yang bersepah-sepah tu. Konon-konon untuk ganti kuah rojak Mak Bee yang super duper best tu la ni. 

Macam mana nak buat? meh abg long ajarkan. Tak susah pun buat mende alah ni. Angpa hanya perlu sediakan bahan2 wajib je. Yang sunat-sunat toksah pikiaq....He He He!
Bahan-bahannya:
Segugusan buah pauh muda rumaje (Sesungguhnya yang muda-muda memang best dan sedap)
3 keping gula melaka (beli je kat kedai berhampiran, tak payah susah2 sampai nak pi negeri Melaka beli mende alah ni)
5-7 biji cabai super pedas (yg ni ikut tahap deria memasing la yer)
1 sudu kecil garam (kasaq ke halus terpulang pada nafsu memasing)
5-7 seduk gula cap Prai (sebab gula makin mahai rega dia maka abg long sarankan angpa taruk sikit ja)
2 sudu asam jawa 
1/3 belacan
Sebotol kicap cap kipas udang

Peralatan:
Sebiji blander
Sebiji lesung batu (lesung pipit adalah tidak dibenarkan sama sekali)
Sebiji mangkuk kecik
Sebuah bekas plastik
1 bilah Seduk
1 bilah Sudu
Cara-cara menyettlekan mereka:
1- Bako belacan pada suhu kepanasan melampau. Bagi angpa yang ada penyakit gatal menghenyam a.k.a resdung a.k.a seduan abg long sarankan angpa bako belacan tu dulu. Ini bertujuan untuk mematikan hama-hama yang mendiami belacan tersebut. Angpa bako jangan sampai rentung pulak. Bako penuh rasa kasih sayang taw.....bako....bako.....kita bako aje!

2- Angpa basuh dulu gula melaka tu. Mana la taw kan, kot-kot ada kotoran. Lepas tu angpa tumbuk beliau. Jangan tumbuk pakai buku lima pulak. Angpa tumbuk pakai lesung batu. Tumbuk manja2 je taw. Toksah bernafsu sangat bila tumbuk gula melaka tu. 

3- Bila gula melaka tu dah seakan-akan hidup segan mati tak mau. Angpa cedok beliau masuk kan ke dalam bekas blander. Angpa kisar beliau biaq jadi hancus gitu-gitu.
4- Masukkan sama kesemua cabai super pedas, garam dan belacan yang telah dibakar tadi. Kendian tekan la suis blander tadi supaya dia berpusing. Pastikan plug blander angpa tu dalam mood on. Nantikan lenguh pula jari duk tekan...Hi Hi Hi...

5- Bila kesemua ramuan tersebut hancus, angpa masukkan gula (sukatan ikut suka suki ati angpa la). Kisar sekali lagi biaq semua bahan tersebut bergangnam style kat dalam blander tu ha. Kendian, biarkan bahan2 tersebut beristirehat dalam blander buat sementara waktu.
6- Angpa amik asam jawa taruk dalam satu bekas. Kendian angpa siram dia dengan ayaq masak yang suam2 kukumu. Kalau abg long, abg long taruk je dalam lesung batu yang abg long guna buat tuumbuk gula melaka tadi. Angpa lenyek dia dalam ayaq tu sampai dia lemas dan terburai. Biji asam jawa tu angpa amik buang dalam tong sampah (utamakan kebersihan dan kekemasan). Kalau rasa lalu, angpa telan ja biji asam jawa time2 tu gak....Hi Hi Hi...Gambaq kat bawah ni adalah hasil mahsulnya. 


7- Angpa angkat ayaq asam jawa tu, kendian angpa tuang dia dalam blander yang dihuni oleh makhluk2 yang angpa dah kisar depa dengan rakus dan kejam tadi. Sekali lagi angpa kena tekan suis blander untuk menyatukan kesemua bahan2 tadi dengan ayaq asam jawa yang angpa tuang.
8- Lepas angpa rasa depa dah bersatu dan sebati antara satu sama lain, angpa tuang depa masuk dalam bekas plastik. Takdak bekas plastik angpa masukkan dalam bekas kaca, jangan masuk dalam baldi yang angpa rendam kain baju kecik-besaq udah la ye. Nanti kan ramai pula yang buang karan kat sepital....Kih Kih Kih...Cu usya gambaq kat bawah ni ha.

Bapok beso bekas. Macam nak bagi makan kat 130, 000 orang...Ha Ha Ha..
9- Akhir sekali, lepas taruk dalam bekas, angpa masukkan kicap cap kipas udang secukup warna. Kacau sehingga kicap itu sebati. Kalau likat dan pekat sangat bahan2 tersebut, angpa boleh tuang sedikit ayaq panas supaya dia cayaq. Tapi AWAS! jangan banyak sangat. Tuang sedang...sedang saja.....yang penting dia tak likat (sambil2 nyanyikan irama lagu dangdut iwan)....Ha Ha Ha...
Taraaaaaaaaaaaaaaaaa......ini la hasil terakhir
Apa macam? lelah ayaq idung dak?
10- Untuk gerak kerja terakhir angpa kena la potong buah pauh tu. Angpa boleh kupas buang kulit dia dulu. Tapi kalau abg long la kan, abg long lebih suka mentekedarah bersekali dengan kulit. Masa kunyah tu ada bunyi-bunyian krup krap krup krap baru sedap. Pehhhhh.....sedap sehingga menjilat bibir. Tak caya? Cu angpa buat2 jilat bibir....macam gitu la kesedapan dia.

Bapak panjang berjela entri ni kan? Pe pun abg long nak la ucap taniah kat angpa coz khatam gak topik untuk hari ini. Harap ilmu yang tidak seberapa ini memberi manfaat untuk seisi dunia (bajet entri melatop2 gitu)...Ha Ha Ha...Ok la, selamat mencuba yer.


Jemput makan semua....Oppsssss...jemput tengok semua...He He He!
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.