Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Friday 5 October 2012

Tips | Ada lagu dalam blog cool atau sebaliknya?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Tadi sempat la berborak dengan kengkawan di alam maya tentang taruk lagu dalam blog. Macam-macam pendapat yang dilontarkan. Cuma pendapatan ja depa tak lontarkan sama. Kalau tak gerenti bestan discussion maya tersebut...Ha Ha Ha....gila mata duitan abg long angpa ni kan? 

Sebelum-sebelum ni abg long penah gak tepek lagu kat blog abg long ni. Ada la dua kali abg long taruk lagu. Bagi sesiapa yang selalu terjah blog orange abg long ni gerenti tau lagu apa  penah abg long tepek kan? Tapi, la ni dah takdak lagu lagi. Abg long dah nyah kan dia dari persada blog ni. Saja ubah selera, buat perubahan yang simple-simple.

Ada juga yang mesej bertanya kat muka buku, dan tak kurang juga yang bertanya depan-depan kornea kenapa dan mengapa takdak lagi lagu. Abg long jawab simple, malas nak bagi penjenguk blog abg long bernanah telinga seperti mana abg long bernanah telinga bila duk blogwalking.

Macam mana pula bernanah telinga? hmmmmm....tang soklan ni banyak jawapan dan rumus yang boleh diberikan. Pertama, mungkin abg long ni spesis yang punyai penyakit telinga. Kedua, mungkin.....mungkin...mungkin jenis mahkluk yang telinga ntah apa-apa. Boleh ke bagi jawapan macam gini? Gasak la yer....

Tapi kan, yang paling afdal jawapan dia....kebanyakkan kaki skodeng, kaki terjah, kaki jenguk blog ni depa nak baca entri-apa yang kita tulis. Depa nak tengok keindahan dan kecomelan gambaq-gambaq yang di tepek dalam entri, juga ke-ohsem-an blog itu sendiri. Kalau nak dengaq lagu, kat latop/pc pun dah berlambak-lambak mp3 dan bidio klip. Sampai rabak taik telinga pun boleh dengaq. Tak semestinya dengaq lagu kat blog kita. 

Abg long buang lagu dari dalam blog ni pun sebab ada seorang silent riders yang tegur. sebetuinye dia ni rakan sepekerjaan abg long. Jadi teguran dia tu ada benar dan ada kebaikkannya juga. 

Abg long pun kekadang bernanah telinga gak bila berblogwalking. Abg long ang ni kalau terjah blog sahabat-sahabat blogger bukan reti nak open one by one.....Sebolehnya, selagi muat space kat atas toolbar tu selagi tu la abg long buka satu persatu. Dah la tu, setiap blog ni berbeda-beda. Yang taruk lagu pun berbagai. Bayangkan, satu speaker terpaksa running pat lima nam buah lagu secara serentak. Macam-macam bunyi yang keluar. Macam mana tak bernanah telinga. 



Abg long ni suka blogwalking malam hari dan awal-awal pagi sambil ditemani suria.fm, kalau blog2 yang abg long terjah semuanya ada mp3 macam mana abg long nak feel dengaq lagu kat suria.fm. Haru lagi biru gegendang telinga abg long ang ni ha. 

Memang ada blogger yang suka blog yang ada muzik. Itu abg long tak nafikan. Tapi, percent dia tak banyak. Mungkin hanya sekitar 10 percent sahaja. Takkan la kerana yang 10 percent tu ang nak abaikan pembaca blog ang yang lagi 90 percent? Ang pandai kira-kira dak ni? Adoiiiiiiiiiilalalalala......Setiap blog letak duduk player muzik tu pun tak sama. Ada kat atas, ada yang kat bawah...macam-macam tempat depa letak. Punya la melilau cari nak stop lagu tersebut. Kalau spesis yang boleh stop ok la juga. Kalau yang statik macam mana? Haru serembrum nak khatam entri-entri yang ada...berselirat serabut tang kepala. Elok-elok rasa nak lepak lelama terpaksa chow awal pula. Rugi kan cenggitu?

Sebetuinye pasang lagu dalam blog ni ada pro ada kontra dia....ada yang suka, ada juga yang tak suka. Perumpamaannya mudah, kalau ang suka makan nasi ayam takkan abg long nak paksa ang makan maggi like me bukan? Jikalau i suka makan roti canai takkan ang nak paksa i mentekedarah roti capati. Jadi, segalanya bergantung pada diri memasing. 

Abg long mintak maaf kalau pendapat abg long ni tak cool. Abg long hanya mampu beri pendapat semata. Nak beri pendapatan abg long tak mampu......Hi Hi Hi....

Wallahualam

Barakallah fiikum

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.