Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Saturday 13 October 2012

Tips | Nak Naik Berat Badan

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Semalam dapat msg dari seorang kenalan, dia chatbox kat muka buku abg long tanya lagu mana nak gemok kan badan. Adoiiiiiiiiii…..sejak bila pula abg long ang ni jadi konsultan kesihatan ni. Yang paling best ayat tanya dia, “macam mana nak jadi gemok?”. Hah….amekkkawwwwwww….Ni ayat nak perli abg long ang makin gemok ke atau ayat tak syak wasangka? Tau la sejak transfer ke tempat kerja baru ni berat badan abg long ni naik gila meroyan. Maklum la, makan tak henti2. Sehari 3-4 kali makan. Tempat kerja dulu mana ada gila meroyan punya makan. Kalau jumpa nasi pun sekali sehari. Itu pun kira 2 in 1, dinlunch. 


“Tahu tak protein yang atlit guna?”. Tanya beliau lagi. OMG….tau la abg long dulu atlit tadika kemas, atlit sekolah dan atlit masa kat universiti. Tapi bab2 protien yang atlit guna abg long kurang arif. Selalu abg long makan coklat bar tu je dengan buah pisang….HaHaHa! 


Tapi pelik gak, setahu abg long orang on diet sebab nak kasi body ramping menawan. Jarang bebeno jumpa orang nak tambah berat badan ni. Memula tu pelik juga la kan, setelah disoal selidik dia memang mempunyai masalah kekurangan berat badan. Makan banyak pun tetap juga kurus cengkeding macam mumia……HiHiHi…….perkataan mumia tu saja ja, nak sedapkan ayat…..tuan yang bertanya kalau baca entri ni jangan marah ha….Nanti kena jual……oppssss, laku ke kalau jual? HaHaHa!

Tapi kalau nak tambah berat badan satu cara sahaja la, makan banyak2. Makan banyak2 kat sini bukan maksud abg long ang mentekedarah sampai termuntah2. Makan makanan yang berkarbohidrat tu lebih sikit ditambah dengan protein dan sebagainya. Dalam word paling senang, makan makanan seimbang. Tapi kena la tengok gak dengan tahap pembakaran kalori yang kita guna banyak mana. Kalau bab protein tu seingat dan setahu abg long la kan, cukup dengan minum susu, amik ikan, daging, ayam, telur dan kekacang. Suplement untuk protein ada djual, tapi abg long rasa paling comel makan saja yang original dan segar.

Mana satu pilihan ang?
Slim melim atau gemok yang tidak keji?
Pilihan ditangan ang la

Jadinya, kalau ang nak cepat gemok ang melantak la 3-4 kali sehari macam abg long ni ha……ang kunyah sikit ang telan banyak2…..gerenti cepat naik kot berat badan…Muuuahahahahaha! TETAPI kalau ang tak nak jadi GEMOK KEJI ada eloknya lepas melantak banyak2 ang beriadah la sikit sebanyak. Buat senaman ringan2. Jangan asyik ingat nak buat ‘ringan-ringan’ yang tu aja. Debik sebijik baru tau. Bukannya apa, sekurang2nya gemok ang nanti ada cutting, takdak la tahap keji. 24jam peluh meleleh celah ketiak akibat ketidaklaratan fungsi badan nak membakar lemak yang berkoyan2. Kalau tahap gemok tang ni memang haru hidup. 


Mungkin juga sahabat abg long yang bertanya ni boleh cuba try test susu weight gain yang berjenama Appeton tu ha. Mana la tau kot2 nak serasi berdua....HiHiHi

Sekarang ni abg long tengah on diet. Tapi tetiba ada lak yang bertanya macam mana nak tambah berat badan……kompiusing betul jiwa ni dibuatnya. Nak diet ke tak mau……nak diet ke tak mau…..silih berganti menerjah kotak minda.

Ok kot tips nak naik kan berat badan versi abg long ni. Kalau nak tahu lebih lanjut seeloknya pergi jumpa doktor pakar. 

InsyaAllah, setelah menaplikasikan tips versi abg long nanti.
kenapa?
tak percaya?
HaHaHa!

Notadiari:
Kelakaq sesangat bila tingat iklan appeton si mamat cekeding yang beria2 nak jadi gemok tu suatu ketika dulu. Dah gemok ke dia sekarang ni?


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq

3 comments:

  1. dulu saya kurus , sekarang sudah 74kg, tak payah makan weight gain ni, makan je dan bersenam

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih jejari kucing sudi singgah sini.

      saya ni tak pernah pun minum susu....minum susu pun masa kecik2 dulu jer.

      sekarang minum susu je reject terus tekak ni

      Delete

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.