Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Friday 12 October 2012

U/P: Sultan dan sekutu bolanya | Keputusan Selangor vs The Red Warrior 12 Oktober 2012

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Alhamdulillah, pengakhiran games yang tersangat comel dan cun bagi abg long. Bukan kerana gol yang disumbat oleh M.Ghaddar dan Pija Si Nasi Lemak 80 sen tetapi tahap disiplin yang tinggi para penyokong kedua belah pihak pada malam ini. Bagi abg long, setiap kali games bola kat Malaysia ni, tahap disiplin penonton dan penyokong yang menjadi lensa mata abg long. Games yang cantik adalah perkara kedua. Siapa yang menang itu perkara ketiga. Tentu angpa tanya kenapa? Untuk pengetahuan angpa, games cantik   mana sekali pun jika aksi penonton dan penyokong itu huduh makanya yang indah serta comel tetap mencacatkan segala. Menang dan kalah yang tak bermakna.

Tadi ada juga kedengaran bedilan mercun (tak tahu macam mana boleh lepas sekatan) serta provokasi antara kedua penyokong namun ianya masih dalam keadaan terkawal. Penyokong kedua-dua belah pihak sentiasa memberi dorongan dan perangsang untuk pasukan masing-masing mempamirkan aksi hebat. Semangat sebegini la yang kita mahu dari para penyokong bola sepak di negara kita. Walaupun kita adalah penyokong fanatik namun jangan kita gadai jati diri, kesopanan dan ukhuwah kita sesama manusia. Jangan kerana sebiji bola lenyap dalam diri kita segala kebaikkan yang ada.

Permainan bola sepak yang dipersembahkan oleh pemain kedua pasukan pada malam ini benar-benar memukau dan memberi kepuasan kepada penyokong masing-masing. Games malam ini ibarat permainan di pentas final. Semua orang terhibur. Tapi, adat pertandingan la kan, mesti ada pemenang dia.


Malam ini ternyata tuah buat pasukan The Red Warrior (TRW) dari negeri Kelantan Ternyata TRW berada dalam kelas mereka yang tersendiri. Bagi abg long The Red Giants (TRG) juga bermain dengan cemerlang malam ini. Namun, tuah tidak menyebelahi mereka kali ini.  Games yang tersangat-sangat best bila mana aksi serang menyerang kedua belah pihak. Namun bola itu bulat dan padang bola itu hijau warnanya. Taniah diucapkan kepada The Red Warrior atas kemenangan layak ke pentas final Piala Malaysia 2012. Kepada team TRG jangan kecewa dan berputus asa, lepas ini perlu perbaiki dan perkemaskan segala kekurangan yang ada.


SELANGOR [0] VS [2] The Red Warrior
Kelantan menang dengan aggregate 3-0
Aksi di final nanti tentu sahaja akan memeningkan Bojan Hodak kerana ayam tambatan beliau Farhan dan M.Ghaddar tidak dapat beraksi ekoran menerima kad kuning. Walaupun M.Ghaddar berjaya menjaringkan gol buat TRC malam ini namun abg long tak berapa suka dengan corak permainan M.Ghaddar sebentar tadi. Beliau pemain paling selfish bagi abg long.

Nampak gayanya anak2 buah Tan Seri Anuar Musa bakal berentap sesama sendiri di final Piala Malaysia nanti. Kedua-dua pasukan berjaya melangkah ke pentas final. The Red Warrior vs ATM Warrior.


Dato' Seri Anuar Musa tentu akan tersenyum puas malam ini. Beliau telah membuktikan kepada FAM dan konco-konco bahawa beliau adalah arkitek bola sepak negara abad ke-21. Tentu sahaja FAM dan konco-konco akan tersenyum kelat bila melihat kejayaan demi kejayaan yang di capai oleh The Red Warrior dan ATM Warrior yang dinaungi oleh Tan seri Anuar Musa.

Jadi, kepada peminat-peminat bola sepak dan penyokong kedua-dua pasukan jangan lupa temujanji anda secara live pada 20 Oktober 2012 (Sabtu) pada jam 8:45pm bertempat di Stadium Shah Alam. Juga secara langsung di TV1 dan Astro Arena 801. Bola-bola juga tau, solat jangan lupa....HiHiHi!


NotaDiari:
Sultan dan konco2 FAM, bola sepak Malaysia apa cerita? Bila lagi nak naik kan mutu dan ranking bola sepak Malaysia? Oooppppppsss.....lupa, sultan dan sekutu bolanya tak pentingkan ranking. Ranking bukan penentu aras kejayaan....KahKahKah! KuiKuiKui!

RANKING Harimau Malaya bukanlah segalanya. Yang penting bola itu bulat kan?....HaHaHa!


-kata biar terasa-


p/s: Bila la team kejor yop kejor nak bangkit semula ye?? aduhaiiiiiiii...
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.