Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Thursday 11 October 2012

Video | Syurga Cinta

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Angpa pernah tengok ceghite Syurga Cinta lakonan Heliza Helmi dgn Awal pagi?..Opppsssss....Awal Shaari yang sebetuinya.

Dalam sepanjang-panjang batu nautika durasi penceritaan filem ini. Part yang dekat2 nak abis tu yang boleh bikin merah hati lelaki abg long ang ni terlayan blues.

Sweet dan comel sangat dialog depa berdua dalam ceghite ni.

mungkin cinta saya tidak seagung cinta Nabi Muhammad kepada Siti khadijah.. ataupun tidak sehebat cinta Zulaikha kapada Nabi Yusof . . tapi apa yang saya tahu . . saya perlukan awak dalam hidup saya . 


saya perlukan cinta kasih sayang yang ikhlas ,hingga nyawa tercerai dari jasad, bukan untuk dipermainkan, bukan untuk di persendakan ..
Cu angpa buka dan tonton klip kat bawah ni. Tak lama pun, 3 minit 41 saat ja.



Best bukan? Cuma satu ja abg long nak pesan kat angpa2 semua. Jangan jadi orang lain semata-mata kita nak orang yang kita suka terima kita dalam hidup dia. Seeloknya kita jadilah diri kita sendiri, tak perlu untuk jadi manusia yang hipokrit. Jadilah diri kita sebenarnya. InsyaAllah, si dia pun boleh dan akan terima diri kita seadanya. 

Kita tak perlu kot berlakon jadi baik, tak perlu berlakon jadi alim semata nak memikat merah sekeping hati dia. Be yourself! Jika kita jujur dan ikhlas terhadapnya kerana Allah, InsyaAllah....DIA akan permudahkan segalanya buat kita

Tapi, jika si dia tak juga mahu kat kita janganlah rasa kecewa dan rasa nak bunuh diri pula. Kita cuma perlu bersabaq. Mungkin dia bukan jodoh kita. Ini masa untuk ujian. Ketika ini kita patut tengok kembali hubungan kita dengan Tuhan.

Pesan untuk diri - juga untuk semua.

Barakallah fiikum



___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq

4 comments:

  1. Salam, saya tau cerita ni pun dari iklan je. Cerita penuh saya tak tengok. Cerita ni dia adaptasi sikit cerita dari indon... "Kiamat Sudah Dekat"... Lebih kurang je. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cite ni mmg best....mmg ada sdikit psamaan sperti yg Khalilah kata kn. tpi apa yg penting adalah ia sarat dgn ilmu.

      Delete
  2. assalaamualaikum...
    saya dari indonesia, dan saya pernah nonton film ini... saya suka karakter Nur Heliza... memang sedikit mirip dengan cerita "kiamat Sudah Dekat"
    Overall... nice story... salam kenal dari negeri tetangga...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum wr. wb
    Salam kenal, saya dari Indonesia
    saya suka karakter Nur Heliza hingga saya mencari-cari tentang dia
    akhirnya ketemu dengan film ini...
    suka... mungkin tema ceritanya umum...
    but, overall... nice story... ^_^

    ReplyDelete

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.