Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Saturday 10 November 2012

Budak kecik dikhatan beramai-ramai

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Tadi pagi abg long berkesempatan untuk bersama-sama warga Ladang Padang Kubu untuk meraikan ratusan anak-anak di Program Berkhatan Beramai-ramai Peringkat Dun Kijal 2012. Nasib baik sempat dengan majlis ni. Berdasarkan maklumat JKKK, majlis berlangsung pada jam 8.30 pagi. Tapi, masa abg long sampai (10.45 pagi) majlis baru sahaja bermula. Ala, biasa la kan....janji melayu la katakan....HaHaHa...Nasib baik abg long layan tidur dulu pagi tadi. Kalau tak jemuih duk menunggu kat tapak kejadian....HeheHe....

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said telah hadir merasmikan program pagi tadi. Memang meriah sakan program berkhatan beraamai-ramai pagi tadi. Siap tepung tawar dan mandi ayaq pili bomba lagi. Hebat dan gah. Zaman abg long budak-budak dulu takdak pun majlis atau program lagu ni. Semua sendirian berhad parents yang aturkan.

Dulu masa zaman abg long kecik-kecik. Budak-budak zaman tu serah mereka punya pada tok mudim ja. Rasa cuak dan takut time nak kena potong anu oleh tok mudim hanya Tuhan saja yang tahu. Tak lena nak tidur, tak lalu nak makan dibuatnya. Dua tiga hari sebelum majlis berkhatan atau bersunat dijalankan macam-macam mitos diperdengarkan. Ada yang kata tok mudim taruk dan potong atas batang pisang...Ada yang kata tok mudim guna kapak, ada juga yang kata tok mudim potong pakai gergaji. Gila ngeri bila dengar mitos tu semua. Dah nama pun mitos kan? HiHiHi......

Zaman sekarang ni tok mudim dah tak boleh cari makan. Jarang-jarang dah dengaq kisah tok mudim potong anu budak zaman sekarang. Zaman la ni proses berkhatan dilakukan dengan cara dan kaedah moden. Budak-budak zaman sekarang ni parents lebih suka hantar berkhatan kat klinik-klinik. 

Zaman selepas tahun 2020 nanti (itu pun kalau masih hidup lagi la) tak tahu apa kaedah pula yang diguna pakai. Mungkin guna pakai laser kot. Gila cool kalau pakai laser. Apa sekali pun kaedah yang diguna pakai nanti, bagi abg long asal ia selamat dan mengikut hukum syarak sudah memadai.

Tengok punya meriah majlis tadi pagi abg long rasa nak je join budak-budak tu sekali. Bukan join berkhatan lagi tapi join mandi bersama-sama mereka. Gila macam best ja tengok....HaHaHa...Dah la dapat bunga telur, duit pun depa dapat......bertuah budak-budak zaman la ni.


SILA KLIK GAMBAQ UNTUK TUMBESARANNYA

MB tengah memberikan ucapan perasmian
Penyampaian hadiah kepada tukang buat kerja untuk hari ini 
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said sedang merenjis air mawar kat  budak-budak
Sedang menabur bunga-bungaan
(lupa apa nama bunga ni ha....daun pandan yang  dimayang halus  dan disampur dengan bunga-bunga lain)
MB Datuk seri Ahmad Said  sedang membuat kerja bomba....HeHeHe
Tetiba ayaq jadi slow....bomba lupa bayaq bil ayaq...KahKahKah
MB Datuk seri Ahmad Said sedang memperlihatkan skill beliau memancutkan ayaq ke  udara
Macam tau-tau je abg long nak snap gambaq dia. Terus paling tengok tang  baby abg long
Budak-budak ni riang gumbire sebelum dikerjakan...HaHaHa
MB yang santai
Sahabat-sahabat abg long yang laki-laki ada tak kenangan masa berkhatan dulu kala? Meh kongsi bersama macam mana....Aci dak? Sapa yang baca entri ni tapi tak komen sah-sah dia belum sunat lagi......HiHiHi.....

Majlis tadi daah tentu ada unsur politik walaupun majlis yang tertera adalah program berkhatan beramai-ramai. Tapi abg long tak amik pot sangat pasai isu politik masa MB berucap kerana minda abg long sedang terbayang-bayang ayam golek....HiHiHi...Kalau angpa nak baca pasai isu politik yang MB Datuk Seri duk bebelkan tadi pagi angpa boleh la terjah SINI

Untuk majlis seterusnya abg long tak sempat nak bersama mereka kerana terpaksa bergerak ke bandar Chukai, Kemaman pula.

Sekian sahaja cerita hari sabtu abg long.

Barakallah fiikum.


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

2 comments:

  1. Replies
    1. rasa nk je jadi bdk blk...dulu time abg long xde pn meriah bagai cenggini...huhuhu

      Delete

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.