Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Monday 5 November 2012

Makan Rasulullah akan diroboh???

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة 



Hari ni Harian Metro melaporkan bahawa makam Rasululullah saw akan dirobohkan bagi memberi jalan kepada pembangunan kawasan di sekitarnya. Bukan sahaja makam Rasululullah saw akan dirobohkan malah 3 buah masjid tertua juga bakal menjadi mangsa arus pemodenan.

Bagi abg long, memusnahkan bahan-bahan sejarah atas alasan pembangunan adalah tidak wajar. Apatah lagi jika melibatkan makam nabi dan masjid-masjid.

Ya, memang benar masjid2 di madinah dan di mekah perlu dimodenkan serta diperbesarkan. Namun, tiadakah kaedah atau mekanisma lain bagi kerajaan Arab Saudi  yang Tuhan bagi kaya raya dengan hasil emas hitam itu selain memusnahkan artifak2 sejarah keagungan Islam? 

Kadang kala kita lebih mengejar habuan nafsu semata tanpa mentustasi 'sesuatu' yang kita lihat jelek serta menjengkelkan itu sebenarnya memberi kita 1001 makna dalam kehidupan. Penghakisan warisan peninggalan Rasululullah sedikit demi sedikit akan melenyapkan identiti madinah daan mekah itu sendiri.

Abg long bimbang pemusnahan atas alasan pemodenan ini ada agenda yang tersembunyi. Kita sebagai umat Islam harus sentiasa berfikir daan berwaspada kerana musuh Islam tidak pernah sunyi untuk menghancurkan Islam. Sejarah telah membuktikan segala. Mereka tidak dapat melakukan penentangan secara terbuka maka mereka beralih strategi secara halus waima terpaksa menggunakan orang islam itu sendiri.

Sekarang umat Islam telah kehilangan bumi Palestin. Jangan pula nanti selepas ini, umat Islam sudah tiada apa-apa lagi untuk dikenangi jika makam nabi dan 3 masjid tertua di madinah pun nak dirobohkan. Alasan utama para kapitalis ialah PEMODENAN dan PEMBANGUNAN. 

Tiada siapa menolak pemodenan tapi adakah wajar makam rasulullah dan 3 masjid tertua dimusnahkan? Kat Malaysia juga ada kes2 sedemikian rupa. Pemimpin cakap ia perlu dilakukan demi pembangunan. Tapi rakyat terutamanya orang melayu tetap juga tidak dapat merasai nikmat dari pemodenan yang berlaku itu. jadi, perlukah pemusanahan makam Rasulullah saw dan 3 masjid tertua tersebut? Angpa pula rasa lagu mana? Kalau orang nak roboh dan musnah rumah angpa, angpa marah dak? hmmmmmmmmmm...

Islam tidak halang pemodenan, dalam masa yang sama sejarah jangan kita humban sewenang-wenang. Jangan sampai sudah terhantuk baru nak mengadah......Abg long harap kerajaan Arab Saudi bijak dalam membuat perancangan secara berhemah.

SAY NO kepada pemusnahan Makam Rasulullah saw dan 3 masjid tertua.

Semoga Allah swt memelihara agamaNya dan juga kita umatNya dari fitnah dajal dan kekejaman yahudi lanatullah. InsyaAllah.

Wallahualam

Barakallah fiikum


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

1 comment:

  1. Abang Long kena beritahu pemimpin Arab Saudi sendiri, barulah mereka faham dan tak berani.

    ReplyDelete

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.