Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Friday 2 November 2012

Tips | 12 sikap yang lelaki perlu jauhi

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

EDISI KHAS UNTUK LELAKI....peewiiittttttttt!!!


Wahai lelaki, jangan hanya pandang apa yang perlu wanita lakukan untuk mengekalkan keharmonian sesuatu perhubungan. Tetapi, conggak la sama peranan angpa. Sebagai lelaki yang ohsem kita juga perlu ketahui apa yang boleh, apa yang tidak boleh kita lakukan dalam perhubungan terutamanya bagi menjamin ukhuwah yang terjalin itu berkekalan serta berakhir dengan kebahagiaan. 

Dalam mendampingi serta menambat hati wanita yang dipujai dan dicintai, wajarlah kita kaum lelaki menjauhi dua belas (12) sikap tak berapa sweet ini. Andai berterusan dengan sikap ini kemungkinan akan ada yang lelas hati.




Antara dua belas (12) sikap yang lelaki seluruh dunia perlu jauhi adalah;



1- Panas baran
Lelaki yang panas baran memang tidak disukai oleh kaum hawa. Mereka akan berasa tidak selamat bila bersama dengan angpa. Kalau angpa spesis yang suka angkat tangan dan kaki ke batang tubuh kaum hawa ada eloknya angpa rentikan sikap sedemikian rupa. Perbuatan begini boleh membuatkan mereka trauma dan fobia lantas akan timbul rasa benci dijiwa mereka. Angpa kena faham, mereka bukan spesismen yang terbaik untuk menampung pukulan dan tendangan angpa. Sebaiknya angpa kena kawal diri kerana pasangan adalah untuk disayangi serta dicintai bukannya dijadikan bahan uji kekuatan diri.
2- Kedekut 
Lelaki yang kedekut memang tak boleh blah. Tak kan la makan roti canai kosong sebiji  berserta teh ais pun nak wanita pujaan kita bayarkan? Nak menyediakan hadiah untuk hari istimewa wanita pujaan tak kan nak berkira bagai. Raikan hari lahirnya. Belilah hadiah untuk dia. Mereka bukan nak kita adakan yang mahai-mahai. Tidak. Bagi mereka, jika bagi bunga sekuntum pun dah besar maknanya maha benar bagi mereka. Elakkan diri dari menjadi si kedekut taik idung masin.
3- Terlalu konservatif 
Jangan terlampau bersikap mempertahankan adat, nilai, dan lain-lain yang telah menjadi tradisi. Dalam erti kata lain, tidak mudah menerima perubahan. Selagi pasangan kita tidak melanggari batas susila dan syariat jangan la kita menidakkan haknya. Lelaki yang terlalu konservatif memang tidak akan digemari. 
4- Terlalu mengongkong
Mungkin kita pernah mendengar cerita bahawa lelaki suka mengongkong. Memula mengongkong, lelama mengonggong ....HaHaHa....Sikap begini membuatkan pasangan akan cepat bosan dan mungkin angpa akan ditinggalkan. Tak kan la nak keluar bergembira dengan rakan-rakan sespesis depa pun angpa nak halang juga. Jika tingkah dan sikap pasangan canggung dimata seeloknya angpa nasihat dia dengan sebaik-baik tutur bicara. Berilah alasan yang rasional, jangan mengongkong tak tentu hala.
5- Egois
Dah menjadi rahsia umum bahawa kaum lelaki ni spesis yang maha tinggi egosinya. Biasanya sikap huduh ini terserlah apabila memberi pendapat. Lelaki ego merasakan idea mereka dalah super super hebat manakala idea orang lain (pasangan) semuanya tidak berguna. Kalau bergaduh atau berselisih faham, lelaki ego biasanya tidak mahu mengalah atau memujuk sebaliknya merasakan diri mereka betul selalu. Lelaki ego tidak pernah akan mengakui kesalahan dan kelemahan diri sendiri. Sikap sebegini hanya akan memendekkan  jangka hayat perhubungan yang ada.
6- Curang
Perbuatan ini sememangnya sukar untuk dimaafkan. Perbuatan mencurangi pasangan hanya akan melukakan perasaan dan melelaskan merah hati pasangan. Jika ini berlaku, perhubungan akan mengalami keretakkan lantas terjadilah keruntuhan. Kaum wanita sememangnya benci pada kecurangan. Mereka lebih dambakan cinta lelaki yang penuh ketulusan dan kejujuran.
7- Tidak sensitif
Lelaki biasanya tidak sensitif dan kurang memahami kehendak wanita. Kadang-kadang apa yang dituturkan oleh mereka adalah untuk menarik perhatian kita. Maksud dihati mereka tidak sama apa yang mereka kata. Wanita ni lebih suka berkias dalam tingkah dan tutur kata.  Malangnya kita pula spesis lelaki berhati batu. Bendulnya tak kira waktu.
8- Lebihkan kawan-kawan
Tidak salah berkawan, tapi biarlah pandai membahagikan masa antara kawan dan pasangan. Tolenrasi itu penting dalam perhubungan. Berilah masa angpa untuk mereka sama. Lelaki biasanya jarang menolak ajakan kawan-kawan yang 'sekepala'. Yang makan hati biasanya pasangan mereka. Ada kaum lelaki yang sanggup memungkiri janji untuk bertemu dengan pasangan sendiri semata-mata pentingkan kawan dia. Ada yang sanggup cancel date dengan pasangan semata-mata nak main futsal dengan kawan. Perancangan untuk keluar dah plan berbulan-bulan, last-last tak jadi. Sapa tak rasa sakit hati.
9- Mata keranjang
Lelaki sememangnya amat suka akan keindahan ciptaan Tuhan terutamanya wanita. Pantang ada wanita cantik dan berdahi licin lalu depan mata, dilihatnya bagai nak tertonjol dia punya bijik kornea. Sudah ada pasangan yang cantik, mereka tetap akan melirik pada yang lebih cantik.
10- Serabai
Pakaian serabai satu hal. Atittude pun serabai gak. Keadaan sebegini memang buat pasangan boleh hilang akai. Tak ensem tak apa, janji tak 'semak'. Takpa tak belajaq tinggi,  janji pandai jaga diri dan dekat dengan Ilahi.
11- Suka meninggi diri
Lelaki yang suka meninggi diri atau bercakap besaq ni sebetulnya seorang yang berjiwa kacau. Biasanya, mereka nak tutup kekurangan diri sebab tu mereka bersikap sebegini. Lelaki macam ni anggap diri mereka bijak tetapi hakikatnya mereka hanya membodohkan diri sendiri.
12- Hipokrit
Tak perlu jadi orang lain semata-mata nak memenangi hati wanita yang angpa cintai. Jadilah diri sendiri. Jika lakonan angpa itu terkantoi bukankah akan melukakan hati pasangan angpa. Tunjukkan diri sebenar angpa pada dia. Dalam masa yang sama berusaha la ke arah yang lebih baik. Itu lebih sweet dan comel dari memulakan ukhuwah dengan pendustaan tapi mengakhirinya dengan kebenaran. Ibarat pinang dilenyek bulldozer begitu la perasaan terkilan mereka. Bayangkan betapa remuknya hati pasangan angpa. 
Wahai lelaki seluruh dunia, jadilah lelaki yang budiman dalam menjalinkan perhubungan. Jangan mengharapkan kesempurnaan pasangan angpa semata-mata. Tilik dan renung jua dalam diri sendiri kurang yang ada.

Jika kita selalu muhasabah diri, jalanan yang kita lalui tidak akan berliku dan tiada duri. InsyaAllah.


Fikir-fikirkan dan renung-renungkan.....selamat beramal


Barakallah fiikum



___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.