Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Thursday 6 December 2012

Ada apa dengan Jubakar?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Semalam balik dari berphotoshoot abg long mentekedarah buah durian sampai tiga biji. Tetiba badan rasa panaz gilos babas. Nak tiduq pun rasa tak selesa. Walaupun dah mandi dan duduk di bawah putaran dua buah kipas yang biyung2 pun tak dapat mengecool rasa membahang satu badan. Akibatnya, tak boleh tiduq sampai ke pagi. Memang kesian la kat mata ni.....Rabak mata hitam abg long hari ni.....Berat 66.

Okies la, Kita tinggalkan masalah penangan buah durian tuh.....Kita kembali kepada tajuk berita utama di atas sinun. 

Angpa tau dak kat mana Jubakaq? Ada apa dengan jubakaq? Kalau tak tau meh sini abg long nak story morry......Pagi tadi abg long dengan sahabat2 abg long ada menjalani sedikit aktiviti skodeng dan membedil. Lokasi pilihan pagi tadi ialah Jubakaq. Seawal 4.30 pagi kita orang dah gerak ke Jubakaq. Masa perjalanan yang diambil tidak la sekangkang berok Mat yeh.....Boleh nipis gak la bunga tayar kereta kalau nak dihitung jarak Jubakaq tu dari titik pertemuan kami bertiga tadi. Masa perjalanan lebih kurang satu jam tidak termasuk masa kecederaan....HaHaHa...

Dalam perjalanan tadi pagi, semua pakat lapaq. Kedai semua dah already closes dah. Kalau buka pun seben eleben ja. Nak tak nak, terpaksa la maggi cup dimangsakan demi mententeramkan atom-atom yang bergerak secara rawak kat dalam perut tika itu. Abg long just layan nescafe ja. Maklum la kan, abg long kan pencinta tegar nescafe....

Sampai Jubakaq belum masuk waktu Subuh lagi. Jadi kami pun terjah la masjid yang berdekatan iaitu Masjid Mukim Jubakaq. Mengikut kepercayaan kami, kot ya pun nak pi skodeng, biaq la tunduk dan sujud pada Yang Maha Pencipta dulu. Baru sweet dan comei....Ke lagu mana pada hemah angpa?

Seusai subuh abg long dan sahabat2 bergerak ke lokasi yang berada sekangkang kera dari masjid bagi menjalankan misi penting kita orang. Semua kelengkapan telah bersiapa siaga. Cuma tinggal tunggu 'dia' menjelma sahaja.

Namun, hari ini bukan rezeki buat abg long dan bukan juga rezeki sahabat2....'dia' tak muncul sepertimana kisah-kisah yang telah terkisah seperti sebelum-belum ini. Walau bagaimanapun, supaya kedatangan dan kesanggupan bersengkang mata dari semalam berbaloi maka kami skodeng apa adanya. Syukur dengan pemberian Dia. Alhamdulillah...

Abg long tepek sekeping dua result yang tak seberapa dari abg long serta sahabat2 abg long untuk tatapan kornea mata angpa yang tak jemu2 terjah serta singgah blog abg long ni ha...Harap iannya dapat memberi inspirasi buat angpa semua.....Lebih2 lagi untuk kita bersama mensyukuri nikmat kehidupan yang Allah SWT pinjamkan ini. Kita belajar dari 'sesuatu' untuk mengenal SESUATU.

Macam biasa la. Untuk melihat dengan jelas angpa kena la klik gambaq kat bawah ni untuk tumbesaran.


- Buah tangan Abg long
-Buah tangan Arman Fariz
-Buah tangan Za'im Hassan

Kalau nak komen dan kritik, dipersilakan. Kecik tapak tangan, stadium Sultan Mizan yang runtuh tu abg long tadahkan....HaHaHa....Komen dan kritik la dengan ikhlas hati. Yang baik abg long amik jadikan pedoman, yang tak baik tu datangnya dari diri abg long sendiri. 

Ada apa dengan Jubakaq? Kekuasaan Allah SWT melalui gambaq2 kat atas tu la yang ada kat Jubakaq. Kat mana Jubakaq ni? Jubakar ni kawasan pantai di daerah Tumpat, Kelantan. Pantai Jubakaq ni untuk makluman angpa tiada ombak sikit pun. Ayaq dia tenang. Moment masa fajar subuh memang sweet dan cantik.....SubhanaAllah....Segala puji bagi Allah....

Ciptaan Allah SWT sememangnya indah dan sempurna.


Barakallah fiikum.


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.