Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Wednesday 1 May 2013

Ada apa dengan 1 Mei

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Alhamdulillah, kembali bersiaran di blog serba oranje dan ohsem ini. Dah banyak lama tak bersiaran. Jemari pun dah jadi terkaku nak menaip dan otak pun dah seakan menjadi beku nak berfikir ayat mengikut silibus dewan bahasa dan pustaka.....Well, pakai hentam aje la yer, lagi pun selama ni bukan ikut sukatan kan?  kan? kan? Dah pakat2 jadi tepu gamaknya....HaHaHa....

Ramai yang bertanya, ke mana menghilangnya saya (ganti nama diri orang pertama-ayat silibus upsr 2013...HaHaHa...) dari arena blogging ni. "Dah takde idea ke nak merapu meraban?" "Dah kecewa ke dengan dunia blogging?" "Awat dah lama tak tulis blog, busy ka?".....Perhhhhh....banyak bebetol soklan jenis pemahaman yang ditanya. Macam bapak polisi duk soal siasat mat mental pun ada gak gayanya.....HiHiHi....Jangan marah haaaaa pada yang sudi bertanya tuh, saya melawak ja. Gurau senda itukan pemanis dalam perhubungan...tak gitu? HiHiHi..

Sebab apa banyak lama menghilang dari dunia blogging ni saya jawab dalam entri lain yer (ayat penyedap....HaHaHa). Ada apa dengan 1 Mei? Semua manusia yang waras bawa kepada makhluk yang tak waras semua tahu hari ni adalah hari cuti umum. Insan2 terpilih  dan teristimewa sahaja yang berkerja semasa orang lain sedap santai masa cuti hari pekerja...HaHaHa....Tapi mereka yang bekerja masa cuti hari pekerja ni la yang buat negara terus berdaya saing. Jadi, depa yang bekerja masa cuti hari bekerja ni adalah mereka2 ohsem dan awesome. Betul tak? HiHiHi....

Ada apa dengan 1 Mei? Selain hari cuti umum untuk meraikan semua warga pekerja seluruh dunia, 1 Mei ni juga adalah hari di mana yang dapat bercuti tu akan bersantai dengan keluarga dan sahabat handai dengan suka suki hati....HiHiHi...Gilos pening angpa baca ayat ting tong saya ni kan? Kan? Kan? HiHiHi

Bersempena dengan cuti Hari Pekerja ni, saya dan sahabat2 telah sebulat perut dan sebulat mende2 bulat yang diiktiraf oleh PBB pakat2 keluar outing memburu sunrise tadi pagi di Pantai Penunjuk (Sleeping Giant) Kijal, Kemaman. Alhamdulillah ramai juga yang turun ke pantai tadi pagi walaupun yang tak turun lagi ramai....HaHaHa....Yang turun tadi memang ohsem macam ibu jari ke atas. Angpa tahu tak macam mana ibu jari ke atas?? Apa daaaaaaaaa......masuk kelas pendidikan khas la, nanti leh saya turunkan sedikit ilmu ibu jari ke atas...^__^.


Me and my masta sobat Azhari Alias. 
Belakang banyak OE la ini gambo....HaHaHa
*Gear kat depan tu semua orang punya, saya guna kumira handphone je...HuHuHu

Me bersama-sama masta photog dari Kemaman.
Dalam reramai masta saya la yang plasta dan paling kecik...HuHuHu

Masa cuti ni la nak turun jumpa sahabat2 photog sekalian. Masa ni juga la dapat saya sedut ilmu photog dari mereka2 yang berilmu. Tapi, tadi pagi sedikit ketinggalan sebab sampai lokasi matahari dah meninggi. Apa boleh buat, tidur punya pasal....Tak dapat tembak sunrise pun takpa coz dapat gak jumpa kawan2. Bukan dekat nak kayuh dari sebuah ladang di pedalaman ke Pantai Penunjuk ni....pe pun syukran pada Dia kerana beri juga ruang dan peluang untuk saya jumpa kawan2.

InsyaAllah, jika takde aral petang nanti memburu sunset pula di Pantai Marina Bay. Sementara tunggu petang ada eloknya saya layan mata dulu seposen. Nak ngedit gambo selai pun tak menjadi pagi tadi....HuHuHu....


Okies la, ngantok mata dah wase....kepada semua warga pekerja selamat bercuti dan Selamat Hari Pekerja diucapkan. 

Tidak kira apa jua pekerjaan yang kita lakukan semoga mendapat keberkatan dan redha dariNYA. 


"Pekerja Pemangkin Transformasi Negara"

Jazakallah.

Credit photo: Abam masta sifu Pok Rie dan sobat masta Azhari Alias
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.