Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Friday 21 June 2013

Ye ke Malaysia aman??

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Tadi siang usai solat jumaat masjid Jamek Padang Kubu kat area tempat penginapan abg long ada buat solat sunat hajat. Ingatkan solat sunat hajat bersempena jerebu hadiah dari pembakaran hutan dan ladang negara jiran kat sebelah selat melaka tu, rupanya sangkaan abg long meleset. Rupa2 nya solat sunat hajat sebab bencana lain.

Bencana yang dilakukan oleh manusia yang tak bertanggungjawab...Spesis manusia yang nak hidup senang dengan jalan tak payah dan susah. Khabarnya awal pagi semalam, seorang penduduk di kawasan sekitar ladang tempat penginapan abg long ni rumahnya dah dipecah masuk. Licin satu rumah di sapu bersih......bukan sahaja duit ringgit hampir enam ribu lebih dan barang kemas isteri di kebas, dengan pakaian satu almari pun penyamun tu angkut....Perrrhhhh......nak jual bundle apa pakaian tu....Memang tak berhati pusat punya penyamun.

Empat orang penyamun lengkap bersenjata pistol setiap seorang pecah masuk rumah beliau awal pagi tadi. Seisi rumah diikat dengan dawai. Tapi alhamdulillah la coz tiada mereka satu famili diapa-apakan. Tapi kesian la kan, punya la dia kerja membanting tulang kumpul harta tapi sesenang lenang melenggang je penyamun tu pi angkut segala. Mengikut apa yang dibising-bisingkan tadi siang, dari cara pertuturan penyamun tu depa bukan warga Malaysia. Loghat depa tu macam 'orang asing'. 

Wah.....dah semakin berani 'orang asing' itu membuat onar di negara Malaysia yang aman dan bebas merdeka ini kan? Tapi itu la harga yang perlu kita bayar sebagai warga yang mengamalkan keterbukaan dan tidak kisah dengan kebanjiran orang luar ke negara kita yang kaya dan makmur ini.

Hari ini mungkin beliau dan famili yang di samun. Ntah esok atau lusa...hari2 kedepan tiba giliran kita pula. Siapa tahu bukan? Nauzubillah....

Malaysia aman??? Benarkah?? Angpa jawab la sendiri na.....bagi perspektif serebrum kiri abg long, aman hanya dari segi tiada peperangan sahaja. Tapi hakikatnya kita warga Malaysia yang bebas dan merdeka ini kurang selamat dari segi keselamatannya. Mungkin kes rompakan bersenjata di tempat abg long ni kes terpencil, ye la kan....jauh di pedalaman di kawasan  perladangan. Tapi cuba angpa buka tv dengar berita...cuma angpa baca paper.....cuba  angpa godek2 portal berita.....Setiapa hari ada sahaja kes jenayah berlaku tak kira masa dan ketika. Berlonggok2 dan berkoyan2.....rogol....bunuh.....rompak...dan macam2 lagi.....Sampai kita pun dah naik lali dengan segala berita cenggini.

Inilah akibat dari ketidakpedulian kita terhadap negara kita dan juga keselamatan kita. Bila 'orang asing' itu dah berlonggok dan melonggok maka depa dah tak gerun dah dengan kita. Sebaliknya kita pula yang perlu gerun dan takut dengan depa. Angpa yang ada pengalaman berhadapan dengan 'orang asing' ini tentu tahu macam mana perasaan bila terpaksa melalui koloni depa. Depa ni buka sahaja lepak kat bandar2 besar...hatta kawasan desa, kat kawasan pedalaman pun depa dah ramai dok ada. Kita perlu redha kerana inilah pilihan orang kita.

Bukan sahaja kita perlu berhati-hati dengan 'orang asing' ini tapi dengan warga sendiri juga kita perlu berhati-hati. Sesungguhnya malang tidak berbau. Kalau malang itu berbau macam kentut senang juga kita nak elak.....HiHiHi...


Laporan polis dah dibuat. Pandai2 la pihak polis uruskan kerja depa untuk tangkap penjenayah cam lahanat tu. Solat sunat hajat juga dah buat tadi, tawakal sahaja pada Tuhan. Mudah-mudahan dipermudahankan segala urusan dan dibuka pintu hati para penjenayah tu untuk bertaubat dikemudian hari.

Kepada angpa semua sila la tingkatkan keselamatan diri serta famili. Jangan kerana negara kita aman tiada peperangan maka kita boleh bersenang lenang. Ingat, kecuaian akan membawa padah yang berpanjangan.

Sekiranya ada kes2 penjenayahan berlaku ditempat angpa, angpa boleh terus menghubungi rakan cop yang berhampiran. Angpa boleh semak facebook rakan cop kat SINI untuk keterangan lanjut.

Abg long bukan apa, sekadar mengingatkan. Jangan sampai kita pula yang menjadi mangsanya.

Jazakallah.

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

1 comment:

  1. kalau diselidik malaysia memang tak aman..
    bukan kes pecah rumah je..
    mcm2 lagi kes yang akan mengundang kemudaratan kalau kita alpa..

    ReplyDelete

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.