AMARAN!!

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am & SEKS.

Diari Join Me | You Are My Friends

Wednesday, 31 July 2013

Hot! Video pelajar tengah buat 'projek' dalam kelas.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Gambar sekadar hiasan
Terkejut juga abg long bila tengok bidio yang diemelkan oleh seorang sahabat berkenaan sikap tak senonoh pelajar2 sekolah sekarang.

Yang paling tak boleh blah, ayat tanya sahabat abg long tu....."Ni salah guru yang mendidik atau salah sistem bro?" dan sempat dia buat lawak ayat streotaip, "bukan salah ibu mengandung".....

Payah juga nak jawab ni, kan cakap lebih2 tersalah pula.....Nak salah kan cikgu-cikgi yang mendidik pun tak boleh sebetulnya, pada hemat abg long la.....Peranan mendidik ni bukan terletak hanya pada bahu jemala para guru. Sepatutnya pendidikan dan disiplin bermula dari rumah. Di sekolah cikgu-cikgi just menambahkan 'perisa' apa yang kurang dirumah tadi.

Salah sistem? Nak kata sistem pendidikan sekarang teruk takdak la teruk mana, cuma perhatian cikgu-cikgi terhadap sahsiah dan pembinaan modal insan dalam kalangan pelajar muktahir ini sedikit terbantut dek kerana terkejar2 tugasan pengkeranian dan failing. 

Mungkin khalayak kata ini hanya alasan, tapi kan, orang lama kan penah berpesan, "Hanya jauhari mengenal manikam."  Ke angpa punya pendapat berbeda?

Nak salahkan ibu bapa? Hmmmmmmm......mereka pun perlu mengurus masa dan kerjaya. Bukan untuk orang lain, untuk anak2 depa juga. Mungkin kesibukan mereka menyebabkan perhatian terhadap anak2 terbatas.....Tapi kalau sampai lepas bebas anak2 tanpa guide tak boleh juga kan? Patut sebagai ibu bapa kena tahu apa anak2 buat, ke mana anak pergi.... dengan siapa mereka berkawan......tak comei la kalau lepas tangan.....tak gitu?

Kalau nak cari salah siapa memang tak sudah la perdebatan.....patutnya pakat2 cari jalan, cari ikhtiar bagaimana nak membasmi. Bukan menambah lagi barah yang melingkari....

Acuan sesebuah negara di masa depan bergantung pada muda mudi dia masa kini. Bukankah Saiyidina Ali pernah berpesan, “Lihatlah pada generasi muda, untuk menilai masa depan ummatnya.”.

Ke angpa pikiaq lagu mana?

Dalam video di bawah, menyaksikan sepasang pelajar sekolah telah dirakamkan aksi tak senonoh mereka berdua oleh rakan perempuan mereka sendiri.

Video tersebut memaparkan aksi seorang pelajar lelaki sedang melakukan sesuatu kepada dada pelajar perempuan tersebut. Kemudian mereka mula berkucupan, dan kemudiannya pelajar lelaki tersebut menarik tangan temannya itu di pehanya.

Angpa tengok la sendiri bidio tu kat SINI, malas abg long nak ulas pepanjang. Cuma harap sangat diorang 'berhijrah' kelak.



Hmmmmmmmmmm......takpa la, yang penting Malaysia aman. Boleh macam gitu?

Jazakallah.
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Hot! Damia Izara dan Mohd Noor Mat yang terlampau.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Dah hampir seminggu PRK N01 satu berlalu. Kemenangan pun dah kita semua tahu. Kole Besut dah tak menjadi tarikan dan sebutan lagi bagi warga Malaysia seluruhnya dan pemimpin amnya. Kole Besut sekarang dah lebih aman lagi tenteram sekarang, dah bebas dari fitnah dan adu domba yang tak bermata dan berhati dari mereka2 yang hanya memikiri duniawi.

Walaupun Kole Besut dah kembali kepada ritual asal, warganya dah boleh bersenang-senang menyiapkan kelengkapan meraikan 'kemenangan' besar yang tinggal beberapa hari sahaja lagi namun persoalan serta kisah dari Kole Besut masih lagi berkumandang.

Bukan hangat kempen pilihanraya......bukan kerana rumah dah siap pahat masih berbunyi lagi, tidak.....bukan itu yang menjadi perdebatan......janji2 yang ditaburi pakat2 la berdoa agar ia ditepati......Cuma aksi 'mereka' berdua yang memanaskan suhu pilihanraya yang lalu menjadi tanda tanya warga Malaysia seluruhnya.

Dimanakah 'mereka' berdua? Hilang tanpa khabar, sunyi tanpa berita......Teruja sesangat nak tengok aksi mereka terakam dalam Malaysia Book of Records. Bukan calang2 anak melayu yang sebijak dan seberani mereka berdua.









Ingat Masyarakat Malaysia sekarang mudah lupa ke? Mana boleh lupa, kata mesti di kota......janji mesti ditepati.......telajak perahu boleh go head go stan (bahasa inggeris pasar yang membawa maksud boleh kedepan kebelakang), telajak kata rosak maruah diri, bangsa dan agama. 

Adakah perlu kenyataan seperti itu dikeluarkan? Abg long rasanya tak perlu, tak kira angpa mendokong Barisan atau Pakatan, sebab benda-benda macam ini lah yang nanti akan makan diri sendiri. Kot ya pun nak bernazar, ikut la apa yang Islam dan Nabi saw kita sarankan.

Tuhan bagi kita akai, sebab itu kita kena pakai.....beza kita dengan lembu hanyalah akai. Jadi, pikir dulu sebelum buang....Oppsssssssss.........pikir dulu sebelum nak bernazar atau nak bercakap.

Teringat pesan orang lama, "Ikut hati mati, ikut rasa binasa."

Abg long buat entri ini pun sebab meluat sesangat dengan si Damia Izara, dah buat benda tak comei lepas tu curi pula gambar orang lain taruk jadi profiles dia. Dah berapa kali jadi salah? Dosa dengan Tuhan kita boleh minta ampun, dosa sesama manusia bagaimana? Angpa boleh terjah SINI untuk kepastian.

Pesan ini untuk diri abg long sendiri dan juga semua sahabat yang abg long kasihi. Terima kasih sebab angpa sudi singgah di Diari Seorang Lelaki ini.


Jazakallah

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Tuesday, 30 July 2013

Ikan Rohu masak aprikot

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة



Dah tak lama dah nak berbuka pose kan. Tinggal beberapa ratus minit sahaja lagi azan maghrib akan berkumandang penuh kemerduan. Angpa dah siap ke juadah berbuka? Masak apa la tu yer?

Abg long hari ni malas nak ke bazar ramadhan, 'sakit mata'. Lagi satu konon2 nak belajar berjimat sementara menunggu raya tiba...HiHiHi...dah tak lama dah...

Alhamdulillah, baru je selesai bersilat kat dapur sana. Hari ni masak biasa2 sahaja.....Cukup sekadar mengenyangkan perut yang kian gendut....HaHaHa...Menu ari ni Ikan Rohu masak aprikot. Ada lebihan buah aprikot yang geng Petronas bagi masa berbuka aritu, dari terbiar tanpa kasih sayang ada eloknya abg long modified depa supaya lebih bermakna........*Mesti korang menggongkan bila baca ayat Bahasa Malaysia abg long yang tak berapa nak betul ni kan? kan? kan? ....Ahaks3

Ikan Rohu tu abg long beli kat pasaraya Tunas Manja, Kemaman (tak bertunas dan tak manja mana pun pasaraya ni). Pelik pula kan nama ikan ni, klasik bebeno.....tapi ok la kot Rohu dari Rosmah....KiKiKi.......Opppsssssssss.....tolong jangan politikan lawak sengal abg long ni taw.....takdak kaitan dengan yang hidup mahupun yang telah bersemadi dialam barzakh.

Ok la, sembang panjang tak guna....jom terjah resepi....

Bahan-bahannya.
Seekor ikan Rohu yang dah mencapai usia akil baligh. Siang dan cuci bersih2.
1 batang serai, dipotong2 sesedap rasa
1 helai daun limau purut, mayang halus
1/2 inci halia, mayang halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
2 biji bawang merah, hiris halus
1 biji tomato, dipotong kiub
1/2 lobak merah, dipotong kiub
1/2 bunga kobis, potong kecik
1/4 nanas, potong kiub
5 biji aprikot, potong halus
5 biji cili merah super pedas, dipotong2 sesedap rasa. (jika nak lagi super duper pedas boleh la taruk lebih cili tu)
1 sudu besar sos tiram
1 1/2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos cili life
2 sudu besar sos tomato life
Garam secukup rasa
Ajinomoto secukup rasa
Gula secukup rasa
1/2 cawan air
Daun salad untuk hiasan

Cara menyettlekan mereka.
  1. Goreng ikan Rohu hingga keemasan, angkat dan toskan. Letak dalam pinggan sesuai dengan saiz ikan. 
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis serai, bawang putih, bawang merah dan halia hingga harum.
  3. Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. Tambah tiram, sos cili dan sos tomato. Masukan cili merah super pedaah. Kacau rata dan tuang sedikit air (kalau nak kuah banyak banyakan air tapi awas! jangan membanjir pula). Kacau dan biar mendidih. Guna api kecil.
  4. Masukkan daun limau purut, aprikot, bunga kobis, lobak merah dan nanas. Masak hingga pekat.
  5. Masukan sedikit garam, ajinomoto dan gula secukup rasa. Kacau sehingga mereka sehati dan sejiwa dalam kuali.
  6. Boleh matikan api. Tuang atas ikan rohu tadi, ratakan dan tabur tomato yang dipotong kiub. 
Well, macam mana? Ok tak resepi dari abg long kali ni? Tak tahu la sedap ke tak kan.....maklum la bulan pose jadi tak boleh nak rasa mana....HiHiHi...

Ok ebelibadi, selamat mencuba yer...

Jazakallah.
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Sinari kembara fana ku dengar cahayaMU

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Aku jejaki semesta alam mencari cintaMU
Aku susuri denai dugaan dalam menikmati cahayaMU
Aku daki gunung kesabaran demi rindu padaMU
Aku harungi selautan payah yang terbentang,
demi mendakap redha milikMU

Dihadapan kebesaranMU aku terpaku-kaku
Aku menangis dengan kecintaanMU
Aku menangis oleh kehambaan ku

Allahu Robbi
Sinari kembara fana ku dengan cahayaMU
Agar terang segala kegelapan
Agar berwarna lorong kehidupan

Allahu Robbi
Disejadah keinsafan ini
Aku sujud merendah diri
Aku mohon keampunan pada dosa yang melingkari
Aku mohon hidup dan mati ku ini diredhai

Ya Allah Ya Fattah
Bukalah pintu keampunanMU
Tutuplah pintu nerakaMU buat diriku
Temukanlah aku dengan malam keagungan RamadhanMU
Agar aku betah beristirehat diperdu waktu 
Agar Ramadhan ini bermakna buatku

Ya Allah Ya Fattah
PadaMU aku pasrah dan berserah
Ku mohon redhaMU ya Allah
Dalam keterbukaan pintu fitrah

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Monday, 29 July 2013

Dugaan itu ujian hidup

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

After sahur tadi sambung tidur kembali.....sakit tang kepala masih bersisa lagi. Ubat dah telan tapi tak juga kebah dia hilang. 

Bangun tadi subuh dah hampir meninggi, berat tang kepala masih lagi ada. Tapi gagahkan diri juga bersiap untuk pergi 'menoreh' cari rezeki singgit dua. 

Rasa lesu dan kuyu menguasai minda dan seluruh urut sendi yang ada. Dugaan masih lagi belum menunjukan tanda koma atau noktah dia....masih lagi hadir membelenggu diri yang kian di mamah masa....

Berkata diri pada hati, "sabaq na, sabaq itu comei".

"Dugaan itu ujian hidup, inshaAllah ada hikmah diakhir kesukaran dan kesulitan yang bertandang datang." terus memujuk hati dan diri.

Sejak tragedi tempohari ada 'sedikit' kelainan pada diri. Ntah la, mungkin mainan perasaan semata......Dia lebih tahu yang mana molek yang mana huduh untuk hamba DIA.

Hingus bercampur darah awal pagi menuju ke bilik mandi
One more... berlaku untuk kali ke-2.....tapi kali ni lagi pekat,
masa menuju ke tempat 'menoreh' bersebelah mussala
Ramadhan pun dah tak banyak berbaki, mudah-mudahan diberi kesihatan dan kekuatan untuk meneruskan 'pecutan akhir' hingga ke garisan penamat.

Abg long harap kita semua diberi peluang dan ruang untuk terus berjuang sehingga mencapai kemenangan. Semoga Ramadhan kali ini adalah Ramadhan paling sweet buat kita semua. InshaAllah

Jazakallah.


p/s: mohon maaf sahabat untuk gambo yang 18SG ini.
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Cubaan bunuh R Sri Sanjeevan Pengerusi Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) untuk halang dedah jenayah polis?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Betul ke kes cubaan bunuh R Sri Sanjeevan, Pengerusi Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) untuk halang dedah jenayah polis?

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, melalui twitter beliau mengatakan kemungkinan kes cubaan bunuh Pengerusi MyWatch tersebut berkait rapat dengan dakwaan penglibatan anggota polis dengan sindiket jenayah.

Menulis dalan Twitter, Tan Sri Musa Hassan berharap pihak polis akan melakukan siasatan menyeluruh untuk mengesan suspeknya kerana mangsa (Sanjeevan) telah menerima beberapa ancaman ekoran pendedahannya mengenai penglibatan polis dengan aktiviti sindiket jenayah dan aktiviti haram. Baca lanjut di SINI.

Februari lalu mangsa pernah membuat kejutan apabila mengeluarkan kenyataan menerusi sebuah laman web mendakwa kononnya beliau telah diancam akan ditembak polis kerana cuba membongkar aktiviti perjudian di Jelebu. Baca lanjut di SINI.

Jika benar apa yang didakwa maka ianya adalah malapetaka buat kita semua. 

Abg long harap penjenayah yang melakukan jenayah tak bertamadun seperti ini ditangkap dan didakwa. Tak kira siapa pun yang melakukannya, keadilan perlu ditegakkan. 

Jaminan keselamatan untuk warga hidup aman dan tenteram sudah semakin terhakis.......Penjenayah semakin bermaharajalela dan berkuasa. Hari ini mungkin bukan hari kita untuk menjadi mangsa, hari depan mungkin hari untuk kita pula. 'Kemungkinan' itu tidak mustahil akan tiba.

Hmmmmmmmmm.......Ada yang kata, kes jenayah negara kita masih terkawal jika nak dibandingkan negara2 maju lain. Masih.....masih......dan masih......bla....bla....bla...... hakikatnya sampah!

Oh ya, sebab terkawal la kot berita tv dan paper duk saji cerita kes2 jenayah tiap hari. Itu yang dilaporkan, yang tak dilaporkan boleh ke nak kira dengan jari? Wallahualam....

Bagi warga yang cintakan keamanan dan keharmonian pada siapa nak disandarkan harapan.....masyarakat sekeliling, pemimpin atau penguasa yang diberikan kuasa?

Tak kan nak serah pada takdir semata? Well, Tepuk dada tanya minda.

Oh ya, IPCMC apa cite yer? Hmmmm.....angpa tak tahu pedia IPCMC? Kalau nak tahu sila tanya lebai google...HiHiHi....Y(^__^)Y

Jazakallah
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Pegawai polis didapati bersalah lakukan jenayah seksual dengan gadis berumur 15 tahun.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Kota Bharu: Seorang pegawai polis berpangkat Cif Inspektor dijatuhi hukuman penjara 14 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, selepas didapati bersalah terhadap tuduhan memaksa seorang remaja perempuan berusia 15 tahun melakukan seks oral dan mencabul mangsa, empat tahun lalu.

Hakim Azman Mustapha membuat keputusan itu terhadap Ishak Mahmud, 49, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Ishak didapati bersalah memaksa remaja itu melakukan seks oral dalam sebuah kereta peronda polis Proton Perdana di Kampung Air Terjun Bentagor, Pasir Puteh, pada jam 2 pagi, 2 Oktober 2009.

Dia turut menggunakan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan remaja terbabit pada waktu, tarikh dan tempat sama.

Bagi tuduhan pertama mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan, Ishak dijatuhi hukuman penjara 14 tahun dan lima sebatan manakala bagi tuduhan kedua pula, dia dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan lima sebatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu. [ Harian Metro ]

Nota tapak kaki:
Ni la yang orang lama-lama penah cakap, "harapkan pegar, pegar makan padi"Penjenayah ni tak kira rupa, mangsanya tak kenal siapa. 

Kalau tengok berita tv dan baca paper, kes jenayah ni ada saban hari.....semakin mengancam kehidupan dan keselamatan masyarakat kita sekarang ni. Memang Malaysia aman tapi warganya dah kurang selamat. 

Dah sampai masanya hukum hudud dilaksana demi kesejahteraan warga seluruhnya.

Jazakallah.
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

'Pecutan terakhir' ramadhan

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Alhamdulillah.....hari ini sedikit kuat berbanding semalam. Semalam tetiba di serang virus demam dan konco2 nye (sakit tekak+selsema+sengal2 badan). Serangan konco2 virus tersebut menyebabkan metabolisme badan tidak bermaya dan kayuhan dari tanah serambi mekah ke Padang Kubu tempat abg long menoreh mencari rezeki sesuap nasi tergendala. Felda Jerangau menjadi tempat abg long melelapkan mata dan melegakan lenguh yang ada.

Tadi siang, dengan kudrat yang seakan terkerat gagahkan diri juga kayuh ke toyota Kuala Terengganu......kasi settle urusan claim 'Black Warriors' abg long (kes claim dan urusan claim abg long akan cerita lain kali). Lepas settle urusan di sana kayuh pula ke tempat persemadiannya. Ambil barang2 yang boleh diguna pakai lagi untuk kereta lain kemudian hari.

Untuk hari ini sahaja banyak pecutan perlu dilakukan. Terpaksa kayuh dengan penuh iltizam.

Alhamdulillah.....hari ni juga dah masuk hari ke-19 abg long dan angpa berpuasa ramadhan dan malam ke-20 kita bersolat terawih. Bermakna dah tak lama lagi dah kita semua nak meraikan 'kemenangan' memasing. Ntah berkesempatan lagi ke idak tak tau la yer kita nak bertemu bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan ni......Mudah-mudahan amal kita untuk Ramadhan ini dirahmati dan diberkati Ilahi. InshaAllah...

Hari ini bermakna kita semua dah masuk ke garisan 'pecutan terakhir' Ramadhan. Semoga 10 terakhir Ramadhan ini kita semua beroleh lebih keberuntungan. Mudah-mudahan dengan segala usaha dan kudrat kita semata untuk mendapatkan redha Dia sepanjang Ramadhan ini tegar membuatkan kita tersenyum dan bahagia di 'sana'.

Bagi abg long, malam 10 terakhir ini betul2 menguji keteguhan merah sekeping hati kita. 10 malam terakhir ini la penanda aras di mana kita akan berada, gagal atau berjaya.

Jadi, segalanya terletak pada diri kita memasing. Allah swt tidak pernah menipu cuma kita sahaja yang sering tertipu dengan nafsu. Kita sahaja yang leka....alpa dan lupa dengan segala janji-janji-NYA.

Biasanya kebanyakkan dari kita di 'pecutan terakhir' ini la sering kali tertewas dan tersungkur. Kita lebih suka berpusu-pusu dan bersesak ke pasaraya berbanding ke masjid dan surau2 berdekatan yang ada. Kita lebih senang mengejar sale pasaraya berbanding 'sale' yang DIA nak beri  cara mudah buat kita. Kita lebih ghairah menyediakan persiapan beraya berbanding persiapan kita bersenang2 di 'sana'.

Sejak abg long makin dimamah usia, abg long lihat budaya tak comei ni dah semakin membarah dalam masyarakat kita. Kita lebih terkejar2 sale pasaraya berbanding sale DIA.  

Abg long tak kata membuat persiapan raya 10 malam terakhir itu salah, cuma kita sepatutnya mendahulukan apa yang lebih utama. Kalau nak buat persiapan kenapa tak pilih bulan rejab atau bulan syaaban, bukankah bulan Ramadhan bulan untuk kita lebihkan beribadah. Betul ke sale time nak raya tu lebih murah harga dia berbanding sebelumnya?

Tapi kan, angpa penah pikiaq dak pasai pa depa (tokey pasaraya dan peniaga) time 10 malam terakhir tu la pakat2 nak buat sale gila2 sampai menjelang hari raya?

Kata Ustaz Saifulislam, "Membeli belah pada 10 malam terakhir bukan masalah kecil. Ia masalah sistem nilai. Hati kecil semua tahu setakat mana kita teringin Syurga."

Well, sudah sampai masanya kita biasakan yang betul, betulkan yang biasa. Mudah-mudahan kita tergolong dalam kalangan hamba2NYA yang beruntungan. InshaAllah...



Pesan pada diri, pesan buat semua. Semoga coretan tak seberapa ini bermanfaat buat diri abg long dan juga sahabat2 yang abg long kasihi semua.

Jazakallah.
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Wednesday, 24 July 2013

Kawan

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Kawan,
Jangan 'makan' kawan..
Kita kan kawan
Sama-sama dalam perjuangan...

Kawan,
Jangan 'makan' kawan..
Rezeki dari Tuhan
Sama-sama kita raikan

Kawan,
Tak mau lawan-lawan
Tak mau 'makan' kawan
Kita kan kawan

Kawan,
Teringat orang tua selalu pesan
"Kawan jadi lawan,
lawan jadi kawan"




___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

A Picture Speaks a Thousand Words | Wordless Wednesday #22

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Wordless Wednesday - Biar sahaja gambar yang berbicara. Terpulang pada sahabat-sahabat untuk buat intreprestasi dan komen mengenainya. Gambar yang hebat boleh menerangkan segalanya. 
Kredit foto: Kartunis Ubi
Sahabat-sahabat boleh juga ke Digital Raudhah Photography untuk melihat hasil berphotog yang tak seberapa dari abg long Tukang Gambar nubis kubis tahap teletubbies ni.
Jazakallah fiikum.
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Jom menang hadiah dari PROTON

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Angpa taw dak pasai kontes yang proton buat ni? Kalau tak taw meh sini abg long abg ang.....masuk rapat2 sikit....sikit lagi......sikit lagi.....tu dia...angpa ni memang baguih duk ada...HiHiHi...

Yang dah taw tu duk diam2 sahaja, tapi kalau rasa nak tambah penyertaan boleh lagi, takdak masalah, proton tak marah....

proton baru2 ini mengumumkan “Peraduan Nama Siapa Hebat” sempena pelancaran sebuah model kompak serba baharu yang bakal dilancarkan pada separuh pertama tahun depan. 

Melalui peraduan yang dianjurkan itu, setiap peserta perlu mencipta nama yang paling menarik dan hebat untuk model kompak serba baharu itu dengan hadiahnya berupa varian Premium sebuah model berkenaan untuk dibawa pulang. Pelbagai hadiah-hadiah lain yang menarik turut ditawarkan.

Gila gempak kan adiah proton nak bagi kat kita. Abg long baru ja taw pasai kontes ni. nasib baik la sempat join lagi...


Kalau angpa nak taw, model baru ni  ianya sangatlah bergaya, bersaiz kompak, hadir dengan rekaan yang inovatif dan dilengkapi pelbagai ciri-ciri dan teknologi canggih. Model tersebut juga mempunyai ruang yang luas, selesa dan secara ekstremnya sangat praktikal, di samping menawarkan tahap pemanduan yang menyeronokkan. Setakat ini masih belum dapat dipastikan sama ada model serba baharu yang dimaksudkan itu direka berdasarkan model konsep Proton EMAS.



“Peraduan Nama Siapa Hebat” ni kalau angpa nak taw dah bermula dari 25 Jun dan akan berakhir pada 25 Julai 2013 ini, dengan maklumat lanjut boleh diperolehi di laman web yang disediakan PROTON–Nama Siapa Hebat untuk baca terma dan syarat. 

Angpa boleh hantar seberapa banyak penyertaan. Tiada yuran penyertaan dan tiada unsur paksaan. Kalau nak adiah ohsem seperti yang dah abg long nyatakan bagi pihak proton seperti diatas laju2 angpa terjah website link biru tu untuk join kontes. Tak pun boleh terus daftar penyertan dengan klik SINI



Jika angpa mempunyai idea yang unik dan menarik bagi menamakan model kompak serba baharu dari Proton yang akan dilancarkan pada tahun 2014 akan datang, jangan lepaskan peluang untuk menyertai peraduan tersebut hari ini.

Abg long dah hantar lapan penyertaan. Nak tahu apa nama yang abg long cadangkan? HiHiHi......betul2 nak tahu? Pandai2 la angpa usahakan.....lalalala.........

Selamat berkontes semua.

Oppsssssssss.....dah baca tu rajin2kan la tekan butang LIKE dan SHARE tu yer....kita berbagi sesama kita.

Jazakallah.

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Panduan beli barangan secara online

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Sebelum ni abg long ada tulis berkenaan sobat abg long yang di 'kencing' oleh peniaga online kat SINI.
Sakit jiwa dan ketat perasaan taw bila kena tipu hidup2 dengan penyangak kaki kencing online ni. Hidup boleh jadi huru-hara kejap dibuatnya.

So, entri kali ini abg long nak share sikit panduan untuk angpa sebagai langkah berjaga2 tika berurusan dengan urusan perniagaan atas talian yang tengah hot sekarang ni.

Langkah-langkah sebelum transaksi dilakukan.

Google nombor telefon, akaun bank, email atau hal-hal lain tentang penjual bagi memastikan penjual tidak mempunyai rekod jenayah penipuan sebelum ini.
Tanamkan rasa curiga apabila barang yang ditawarkan jauh lebih rendah dari harga pasaran.
Apabila barang yang ditawarkan tidak disertai dengan gambar maka mintalah agar penjual menghantar gambar barangan yang dijual, apabila penjual mengelak dengan berbagai alasan segera hentikan urusan dengan penjual tersebut.
Hubungi pihak bank untuk checking maklumat penjual sebelum transaksi dilakukan. Seeloknya maklumkan kepada pihak bank transaksi yang angpa nak buat untuk tindakan susulan sekiranya timbul masalah kemudian hari.
Jangan terburu-buru mengambil tindakan apabila penjual mengatakan kepada angpa bahawa dia takut barangan yang angpa nak dibeli oleh orang lain. (Kebanyakan modus penipuan di internet dilakukan dengan cara seperti ini, sehingga pembeli membuat tarnsaksi sejumlah wang sebagai downpayment)
6Semak maklumat perniagaan penjual (sekiranya berdaftar) dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi kesahihan perniagaan yang dijalankan. Bagi penjual yang tidak berdaftar sila lakukan seperti mana langkah satu.
Sila minta resit pembelian dari penjual. Sekiranya tiada, minta beliau sediakan surat urus niaga yang ditandatangani.
8Test penjual dengan mengajaknya COD, apabila penjual berani menerima usul angpa, maka angpa mungkin la percayai dia, walaupun sebenarnya angpa tidak ada niat sikit pun untuk melakukan COD. Cara ni untuk test penjual dan mengetahui apakah dia seorang penjual yang jujur atau tidak.
9Disarankan hanya membeli daripada penjual yang menyediakan perkhidmatan COD (Cash on Delivery) sahaja. Pastikan aturjanji tersebut ditempat umum dan ramai orang jika angpa pergi seorang diri. Seeloknya bawa teman sebagai saksi untuk transaksi yang dilakukan.
10Bawa teman (bukan teman tapi mesra taw) yang arif tentang selok belok barangan yang hendak dibeli supaya angpa tidak tertipu dengan kerosakan, ketulenan barangan tersebut yang angpa tidak ketahui. Kebanyakan dari kita hanya melihat dari luaran sahaja tanpa memeriksa sepenuhnya fungsi barangan tersebut.

Langkah-langkah sekiranya ditipu penjual.

Maklumkan kepada pihak bank untuk tindakan lanjut.
Laporkan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)..
Laporkan kepada tribunal pengguna (sekiranya syarikat penjual berdaftar)
War-warkan kepada sahabat dan rakan2 melalui media sosial
Banyakkan bersabar (^_^)


Ok, dah cukup kot info untuk pengkongsian ini.

Sila LIKE dan SHARE untuk semua agar tiada lagi dalam kalangan kita yang menjadi mangsa kaki kencing online.

Sharing is caring

Jazakallah

Artikel ini disunting dari Khidmat Masyarakat
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Terkini | Bonus 2 kali sebelum hari raya 2013 hanya untuk 'pekerja' terpilih

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Nampaknya harapan untuk mendapat bonus sebelum Hari Raya Aidilfitri 2013 semakin hampir menjadi kenyataan. Cuma tunggu masa dan waktunya sahaja. Alhamdulillah bukan setengah bulan, RM500 dan RM250 seperti yang diwar-warkan, tapi lebih lagi dari itu yang akan diberi.

Sungguhpun begitu, bonus ini bukan diberikan buat semua, ada syarat dan terma perlu dipenuhi, kalau tidak bonus yang akan angpa dapat tidak akan ada rasa nikmatnya. 

Hanya yang benar-benar mahu mendapatkan bonus ini sahaja yang akan dikurniakan bonus terhebat tahun ini. 'Pekerja' yang terpilih untuk mendapatkan bayaran bonus dua kali untuk lembaran nanti adalah antara 'pekerja' yang bertuah. Bukan calang2 'pekerja' yang mampu memperolehinya.

Jika dapat la bonus dua kali cengini abg long antara spesis paling gumbira di planet bumi ni. Harap2 abg long ada dalam senarai 'pekerja' terpilih dan bertuah itu. 

Kepada angpa yang dapat bonus hari raya aidilfitri 2013 dua kali nanti taniah abg long ucapkan, yang tak dapat tak payah nak hiba hati dan dengki2. InshaAllah hari raya tahun depan akan ada bonus lagi.



Berikut adalah beberapa garis panduan pemberian dan penerimaan bonus sebelum hari raya tahun 2013.
  • Bonus pertama akan masuk dalam tempoh 10 hari sebelum hari raya bermula 29 Julai 2013.
  • Bonus kedua akan masuk pada 8hb Ogos 2013.
  • Dibayar tahun ini juga.
  • Kadar penerimaan bonus tidak berasaskan penilaian atau gred gaji semasa.
  • Pekeliling umum sudah dikeluarkan.
  • Pemberian bonus bersyarat dan mengikut terma.
Berikut adalah terma dan syarat yang ditentukan pembahagian dan penerimaan bonus tahun ini.
  • Bonus pertama berupa Malam Lailatul Qadar yang tidak terdapat dalam mana-mana bulan.
  • Bonus kedua merupakan Hari Kemenangan buat mereka yang telah melakukan ibadah puasa Ramadan dengan penuh dan cekal, khusyuk dan tawaduq.
  • Mestilah memperhebatkan amalan ibadah di malam-malam 10 terakhir seperti yang telah disabdakan oleh Nabi Muhammad SAW.
  • Dilakukan dengan ikhlas dan penuh pengharapan kepada Allah SWT sebagai seorang hamba.
  • Semua pembayaran bonus adalah tertakluk kepada kehendak Allah SWT kerana Dialah Yang Memberi dan Maha Mengetahui.
Sembang pasal bonus semua orang teruja. Mata mengantuk jadi bertenaga......Tapi bila bab buat 'kerja'....HiHiHi......tepuk dada biaq sampai sendawa......Oppssssssss....tepuk dada tanya iman memasing la yer.

Apa lagi, SHARE la.....biar rakan2 yang lain pun dapat info ni. Tak kan nak makan bonus sesorang kot. Ewah...ewahhh...ewahhhhh...

Apa lagi duk melopong terjengil2 tu?? Tekan je butang sent dan like kat bawah entri. Tak pun tekan je butang share kat atas entri ni. 

Mudah-mudahan dengan itu kita semua beroleh BONUS yang kita impikan bersama. Mana best makan bonus sesorangkan? Lagi afdal jika makan secara berjemaah.....HiHiHi..

Sharing is caring

Jazakallah.

Artikel disunting dari Blog Sensasi
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Tuesday, 23 July 2013

Di 'kencing' penjual online

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Korang pernah berurus niaga dengan penjual online alam maya tak? 

Seumur hidup abg long mengenali apa itu internet dan perniagaan online baru sekali abg long berurusan. Itu pun urusan beli novel perihal kisah hidup blogger remaja yang meninggal dunia Yasmin J Hunwick , yang di tulis oleh seorang anak muda yang besaq jiwanya Syimir Yanusi. *harap maklum, ini adalah ayat pengiklanan...ahaks3....(^_^)

Yang lain belum lagi nak mencuba godek2 beli secara online. Bukan apa, abg long sedikit kurang yakin......semua ni bertitik tolak dari dasar 'percaya'.....jika tak percaya memang susah abg long nak berurusan waima meleleh ayaq liuq dah time tu nak ke barang yang terpampang depa kornea.

Baru2 ni ada la sorang sobat photoq (nama dirahsiakan) yang telah dikencing oleh seorang peniaga online, banyak juga la modal dia lesap begitu sahaja. Barang kumira yang diorder tak juga kunjung tiba, sedang duit dah selamat belayar menuju destinasinya.

Selalunya kes2 penipuan ni banyak berlaku di premis perniagaan muka buku dan mudahJika berlaku kes2 'kencing' macam gini siapa yang harus disalahkan? Undang2 yang ada pun tak cukup kuat, kaki kencing ini tetap akan terus melakukan agenda penipuannya dari satu mangsa ke mangsa yang lain.

Manusia sekarang ni macam2 cara menipunya. Sesuai dengan kecanggihan teknologi yang ada. Jadi kepada angpa semua berhati2 la berurus niaga. Elok sekiranya angpa COD (cash on delivery), terutamanya yang melibatkan jumlah RM yang banyak.

Jika maklum pada pihak bank pun belum tentu pihak bank dapat membantu. Report polis? setakat report je la kot.....jadi, beringat sebelum kena. Teringat pesan orang lama, "Jangan dah terhantuk baru nak mengadah". Waspada la sentiasa....jadikan ia amalan hidup kita.

Angpa pernah kena 'kencing' tak dengan perniaga online? Jika ada macam mana angpa kasi settle yer? Boleh share kot ruang komen untuk peringatan dan pengkongsian bersama.

Sharing is caring.

Angpa boleh terjah SINI untuk semak spesis2 kaki kencing yang berurus niaga secara online. Tolong sebarkan untuk pengetahuan semua. Supaya kaki kencing online itu ketandusan mangsanya.

Jazakallah
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers

Diari best sepanjang zaman

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.