Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Sunday 21 July 2013

Adik Nawal Iris mati lemas dalam kereta | Cuai, abai, suratan atau kebetulan?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Abg long rasa angpa dah hadam tentang kisah arwahyarhamah adik Nawal Iris ni. Cuma abg long nak kongsi sedikit dengan angpa semua dari kotak minda abg long yang serba daif dan tidak sempurna mana....harap angpa sudi berlapang dada dengan apa yang abg long nak utara.

Bila menyentuh tentang fitrahnya sifat manusia, kita perlu sedar kita sebetulnya tidak sempurna......kita harus sedar bahawa tiada siapa yg dapat lari dari membuat kesilapan dan kesalahan. 


Pastinya kita dapat membezakan perkataan CUAIABAI, SURATAN atau KEBETULAN, jelas sekali kesemuanya mempunyai pengertian dan situasi yang berbeda. Kita harus sedar, inilah realiti kehidupan yang telah ditentukan oleh Tuhan.

CUAI sesuatu pekara yg tidak disengajakan atau bukan kemahuan diri, manakala ABAI pula perkara yang sengaja dilakukan dengan kemahuan diri. Kalau angpa nak lebih pemahaman boleh rujuk kepada kamus dewan edisi terkini.

Jadi bila angpa terbaca kisah tentang kisah anak meninggal ditinggalkan ibu di dalam kereta, anak dilanggar kereta sedang ibu sibuk menyiram bunga, bapa kehilangan anak ketika mengundur kereta masuk ke parkir, anak jatuh dalam longkang tika ibu sedang sibuk memasak didapur, anak mati lemas tika berkelah bersama keluarga......dan macam2 lagi la cerita duka yang terpapar didepan mata.

Tolonglah, jangan kita menunding jari kepada ibu bapa berkenaan.....angpa tak berada di tempat depa. Angpa tak tahu dimanakah selayaknya untuk mereka....Cuai kah? Mengabaikankah? Suratankah? kebetulankah? 

Bak kata orang lama-lama, "Berat mata memandang, berat lagi bahu yang menanggungnya". Jadi, siapa kita selayaknya untuk menambah lelas hati mereka??? 

Dan sesungguhnya, tiada kebetulan dalam kehidupan.... Segalanya sudah direncanakan oleh Allah sebagai takdir diri. Jadi....janganlah menghukum tanpa merasai kesakitan jiwa yang di tanggung oleh mereka yang terlibat.

Kita hanya pandai menunding jari dan menyalahkan bila terjadinya tragedi, tapi kita tak sedar bahawa kita juga berperanan berlakunya semua ini. Tahu dan sedarkah kita perihal peranan kita dalam tragedi seperti kes arwahyarhamah adik Nawal Iris ini? Tepuk dada tanya minda kita, tak payah tanya iman kerana kita bukan hamba Dia yang 100 percent kental imannya. Tak usah kita membohongi diri sendiri....

Tahukah kita lelas hati dan lelah diri seorang ibu yang kehilangan insan yang tersayang? Anak menjadi korban kerana tuntutan tugasan beliau untuk kesenangan 'orang2' sekelilingnya. Siapakah 'orang2' sekeliling itu? Angpa, orang cerdik pandai.....angpa mampu mentafsir sejujur-jujurnya.

Bukan sedikit pergorbanan yang terpaksa dikorbankan oleh seorang ibu bergelar guru seperti beliau, masa...tenaga....malah anak juga terkorban gara2 tuntutan tugas yang tak pernah memberi beliau ruang dan peluang untuk beliau berdada lapang.....

Adakah angpa nak anak angpa tertinggal bas sekolah? Adakah angpa mahu anak angpa tersembam ketika berlari di dalam rumah atau padang permainan? Adakah mata angpa mampu mengawasi setiap gerak geri anak2 tanpa ada sebarang kejatuhan, kesakitan, tangisan? Adakah angpa terfikir perkara seperti itu tak akan belaku pada diri angpa disuatu hari nanti? Adakah angpa fikir angpa tidak akan diduga Allah swt? Bila angpa tak sempurna, jangan angpa tuduh orang lain seolah-olah angpa bagaikan malaikat.

Abg long kecewa dan hiba bila dengar berita mengatakan kes kematian arwahyarhamah Nawal Iris ini si ibu akan di dakwa akibat kecuaian......Hmmmm.....sudahlah jiwanya merana kerana kehilangan kini dirinya pula akan dikenakan hukuman atas pekara yg tak pernah beliau angankan.

Susah lagi payah nak letak diri kita ditempat dan situasi yang beliau alami, tapi.....bagi mereka yang berjiwa dan berhati tentu tahu merasai.....angpa bagaimana? 

Kepada angpa yang tak tahu kisah arwahyarhamah adik Nawal Iris ini boleh klik SINI atau SINI.



Al-fatihah untuk arwahyarhamah adik Nawal Iris. Semoga rohnya di cucuri rahmat Ilahi.

Jazakallah.

Kredit: Ana Sarina | Lebai Google 
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

3 comments:

  1. apapun, lepas ni ibu bapa kena berhati2.. betul tu, kita tak boleh blame sepenuhnya kepada mak bapa... dah la tengah sedih kematian anak, kita oula cakap bukan2.. sepatutnya kita berdoa yang baik2 untuk mereka

    ReplyDelete
  2. salam....satu berita yang sangat mengejutkan dan juga menyedihkan...ikut hati memang nak marah pada ibu yang cuai tetapi bila difikir balik betapa fikiran terlalu memikirkan soal kerja menyebabkan anak sendiri dilupakan. berhenti menyalahkan si ibu kerana tiada ibu di dunia yang mahu kehilangan anak-anaknya walau dengan apa cara sekalipun....... peristiwa ini sudah cukup memberi trauma dan pengalaman hitam yang tidak mungkin dilupakan seumur hidupnya...kita perlu beri sokongan moral kepada family ini rather than menyalahkan mereka.al fatihah buat arwah dan salam takziah buat family....terus tabah melalui hidup ini kerana ini adalah sebahagian daripada ujianNYa. ada hikmah yang besar di sebalik apa yang terjadi.....

    ReplyDelete
  3. Janganlah terus menyalahkan si ibu, kita tak tahu keadaan sebenar.
    Kita doakan mereka kuat dalam mengharungi ujianNYA ini.
    Al-Fatihah buat arwah.

    ReplyDelete

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.