Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Thursday 8 August 2013

'Agenda Sulit' yang bukan sulit pun sebetulnya

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Agenda sulit sebelum ini tidak lagi sulit dan menyulitkan. Dah baca entri Agenda sulit sebelum ni? Belom lagi? Tak payah la baca kot entri Agenda sulit tu....tak yah la tekan link biru Agenda sulit tu, bukan sulit pun sebetulnya.

Alhamdulillah, dah nak raya dah kita. Kalau orang lain sibuk dengan persiapan raya, abg long pun tumpang sibuk sama. Sahaja nak memeriahkan suasana.

Semalam sempat ke Kuantan.....cari sedikit persiapan hari raya. Tahun ni persiapan ala kadar je......takde pun yang hebat2....Lagipun mood nak beraya tu macam 'geli-geli' je....tak seghairah mana....*Ni la agenda sulit tersebut nak baq ang...HiHiHi

Tak excited sangat pun. Maybe tragedi ngeri aritu mematikan mood untuk enjoy berhari raya serta ditambah dengan keadaan kesihatan diri yang belum sempurna dari serangan virus yang tak ensem tu. Walaupun dah beransur lega tapi kekadang 'rasa' tu datang juga.....macam biskut, kejap ada kejap takde.

Mungkin juga pengumuman PM Najib tempohari (baca SINI) membantut sedikit keghairahan dan rasa stim untuk menyambut lebaran.

Pergi Kuantan pun tak tahu nak beli apa.....Pakai sahaja persiapan hari raya yang mana ada. So, Aidilfitri tahun ni biasa2 sahaja......*jimat sikit duit, nanti boleh angkat Honda Stream RSZ seketul.

Untuk sambut raya tahun ni cukup dengan apa yang ada kat dalam gambar bawah ni. Pecah rekod, beli dua pasang selipar sebab tak tahu nak pilih satu antara dua. Last2 angkat keduanya.

Nasib baik terpaksa buat pilihan dalam memilih selipar, kalau memilih cinta macam mana.....Nak pilih dua2.....haru rasanya dunia.....KahKahKah

Tahun ni tema 'merahnya mak ngah'......saja nak bikin lembu2 disekitar kampung naik darah...HiHiHi....



Abg long tahu, angpa punya persiapan raya memang meriah gila......angpa nak beraya mengalahkan budak2 yang baru masuk kelas tadika....HaHaHa..

Raya tahun ni tak jadi lagi balik Perak, beraya kat pantai timur je. Mak kata, "raya tahun depan kita pelan semula." 

Tak Kisah pun raya mana2......dah tua bangka ni raya tak macam zaman kanak2 ribena dolu2, raya zaman dewasa ni raya dengan perasaan cool. Apa yang penting hari ni hari raya.....ahaks3...

SELAMAT MERAIKAN KEMENANGAN

Barakallah fiikum

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.