Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Monday 12 August 2013

Hujan meteor yang ditunggu, hujan lain pula yang tiba

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Heboh satu Malaya yang mengatakan hujan meteor akan menghujani ruang angkasa detik 2300 nanti. 

Abg long antara 'mereka' yang teruja dengan fenomena yang maha hebat ini. 

Dari petang tadi duk bersiap siaga segala kelengkapan untuk menembak dan merakam fenomena pancuran meteor Perseid ni.

Kalau terlepas moment ni memang rugi. Bukan selalu dapat menyaksikan fenomena alam sebegini.   Semua ni adalah anugerah DIA buat kita semua. Kejadian ini berlaku di bulan Syawal. Mungkin ada hikmah dan petunjuk dariNYA untuk kita semua.

Nak tahu apa itu hujan meteor yang bakal menghujani ruang angkasa Malaya angpa boleh baca SINI

Allahuakbar.....Allahuakbar....Allahuakbar.....DIA berkuasa ke atas segala kehidupan di bumi dan di langit. Yang ditunggu hujan meteor, sekarang yang turun hujan 'rahmat'.....Patut la panas sangat siang tadi rupanya nak hujan di malam hari.

Hmmmmm......Harap ada rezeki nanti....Waktu terbaik menyaksikan hujan meteor itu khabarnya selepas bulan terbenam bermula 2300. Jadi, masih ada masa......harap sangat hujan 'rahmat' di tanah serambi mekah ini reda dengan kadar segera.

Jom pakat2 berdoa.....mudah-mudahan dapat kita melihat kekuasaan Allah swt ini bersama walau pun kita di lain tempat dan lokasi yang berbeda.

Sedikit puisi hasil karya seorang sahabat untuk kita hayati bersama bersempena fenomena pancuran meteor Perseid yang akan berlaku nanti.


::meteor::

hujan meteor datang lagi
mewarnai langit selatan yg hitam
lajunya titisan mengalahkan larian sibelang
menjunam kebumi dan lautan
menikam bagaikan pedang penglima hitam
meteor...
bukanlah mimpi dihari siang
atau ilusi sastrawan jalanan
ia adalah ilustrasi sebuah kebenaran
janji tuhan pada makhluk yg bergelar SYAITAN

meteor
bukan sekadar hisan malam
menghiasi kelam dlm percikan
atau gemuruhnya teriak sorakkan
atau gegaknya riuh tepukan
ia adalah amaran tuhan
yg mendambakan keinsafan
dari kealpaan berpanjangan

meteor
adalah salam tuhan
buat seluruh penghuni alam...
tentang rahsianye yg terkalam
didada Al furqan dan Al quran
Arisma Ismail

Semoga kita semua mendapat petunjuk dan hidayah dari DIA dengan fenomena alam ini. 

Jazakallah.
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.