Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Tuesday 15 October 2013

Blog kena hack dengan si jiwa kacau

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة



Sentap beb bila blog digodam dengan hacker. Mau meroyan jadinya. Ingat sesenang baca ABC ke nak buat blog, nak blogging serta bergelar blogger......waima hanya blog dan blogger syok sendirian berhad. Terencat akai dibuatnya kalau blog yang dibelai....dijaga rapi tetiba datang malaun menodai, tanpa salam tanpa pesan. 
Itu sebab kot ramai yang berubah arah serta curang dengan blogspot ni, sistem security dia tak berapa nak ohsem untuk user. Sehinggakan sesenang makan kacang kuda si jiwa kacau hack blog. May be yes....may be not......tapi hakikatnya begitu la yang perlu pengguna blogsport ni hadapi...

Nasib baik bukan abg long yang dimangsakan dan menjadi mangsa. Setakat ni alhamdulillah, blog ni masih lagi mengekalkan kesuciannya. Simpang malaikat 44 la dari kena hack dengan hacker2 yang ohsem dan awesome itu (ayat kipas lipas susah mau mati baikkkk punyerrrr...HiHiHi). Kepada incik hacker sila jangan buat tak senyoyoh senonoh dengan blog ni.

Tadi check My Blog-Reading list, tersentap urat mata bila tetiba TERnampak (bila ada 'ter' tu bermakna tidak sengaja) blog sahabat yang abg long follow telah bertukar menjadi blog porno. Kesian beb, mesti huru-hara peredaran darah tuan punya blog bila dapat tahu blog kena hack.

Selalu duk dengar muka buku jer yang banyak kena hack. Rupa2nya blog juga tidak terkecuali dan tidak akan selamat walafiat dari si jiwa kacau. Kenapa si jiwa kacau? sebab kalau jiwa tak kacau dia tak kan kacau jiwa orang lain.....hmmm......Macam berbelit pula ayat ni kan? HeHeHe.....

Apa faedah dan dividen yang si hacker ni dapat pun tak tau. Kepuasan??? Apa dengan hack sana sini kebahagiaan akan tercipta? Begitu? hmmm...hanya mereka ada jawapannya kot....

Aritu tu satu, sekarang dah jadi dua. Aritu dah report sama incik google. Bila si jiwa kacau ni up entri latest dah tak masuk dalam reading list. Tapi yang lama tetap ada, tengok tadi pun ada lagi.....jeng molek berasa jiwa dekat nak sambut raya...

Terkini kena hack


Yang ni aritu punya cerita, SINI (klik)
Ada ke cara untuk halang blog dari kena hack? Nampak gayanya lepas ni kena pakat2 pasang security la kat blog memasing erk. Langkah berjaga-jaga orang kata. Bak kata orang lama2, "Sediakan payung sebelum hujan". Kalau takde payung, daun pisang pun ok.....nanti leh jadikan memori daun pisang....HiHiHi...

Ok la, nak blogwalking sat. Kot2 terjumpa cara2 nak pasang security kat blog. Sebelum ni dah tulis pasal blog kena hack ganti blog porno kat SINI (klik). 

Jazakallah.

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.