Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Thursday 14 November 2013

Ada apa dengan Yasmin J Hunwick

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Ada apa dengan Yasmin J Hunwick?? 

Tiada apa2 pun bagi mereka2 yang tidak pernah untuk berlapang dada dan mengambil sesuatu kebaikan darinya. 

Bagi aku, secara personal.....arwahyarhamah adinda Yasmin bukan sahaja remaja yang hidup dalam dunianya tapi insan yang serba boleh dan istimewa ketika hayatnya. Ketika waktu ini juga aku dapat rasakan yang arwahyarhamah adinda yasmin turut memberi 'sesuatu' kepada kita yang masih hidup walaupun hakikatnya dia tidak lagi bersama kita difana dunia.

Namun, aku cukup tak faham kenapa ada segelintir dalam kalangan kita yang harus mencari keburukkan sedangkan banyak kebaikkan yang kita boleh cari dan ketengahkan. Jika kita lihat sesuatu itu dari sudut negetive maka keputusan yang negetive la yang akan kita dapat. Begitu la jika sebaliknya.....segalanya bergantungan pada apa yang minda kita fikir dan mahukan.

Begitu juga dalam perihal penghasilan novel Love Yasmin yang dinukilkan oleh Syimir serta pages Territory Yasmin J Hunwick yang didirikan oleh insan misteri..... Bukan sedikit cemuhan yang mereka dapat......bukan setitis airmata untie saz dan uncle johan gugur ke pipi.....bukan sedikit kedamaian adinda2 arwahyarhamah diragut oleh segelintir mereka yang hanya mencari salah dan berperasaan hasad. 


Berat mata aku memandang, berat lagi mereka sekeluarga menanggung beban kehilangan insan tersayang.
Kepermergiannya tidak pernah dipinta. Tragedi itu tidak terdetik pun hendak didamba. Tahu dan sedarkah kita betapa lelas diri dan lelah hati bonda dan ayahanda arwahyarhamah memperjuangkan hak dan mencari kebenaran buat arwahyarhamah serta rakan2 arwahyarhamah adinda Yasmin yang terlibat dalam 'malam tragedi' itu?

Sudah tertakdir arwahyarhamah adinda Yasmin pergi mengadap Ilahi dengan cara sedemikian. Siapa kita untuk mempertikaikan? Kepada yang mempertikaian penghasilan novel Love Yasmin,  Syimir.......untie Saz serta uncle Johan sudah pun menjelaskannya.  Ia dihasilkan bukan untuk keuntungan semata2. Kenapa masih ada juga yang memekakkan akal dan membutakan hatinya?

Blog arwahyarhamah sememangnya biasa2 sahaja.....cerita pun sarat dengan kisah2 remaja yang arwahyarhamah lalui semasa hayat sehingga ke penghujung denyut nadinya. Namun harus anda sedar, anda juga akan melaui (bagi yang muda dari arwahyarhamah) dan telah pun melalui (bagi yang tua bangka tahap senja) fasa yang arwah lalui. Tinggal lagi kematian sahaja yang belum anda hadapi.

Sebenarnya, banyak benda kita boleh belajar dan amik dari kisah yang arwah tulis dalam blognya. Aku sendiri walaupun kian melepasi garis 'senjakala' tidak segan silu mengambil ikhtibar dan pengajaran serta kebaikkan apa yang arwahyarhamah adinda Yasmin tulis. Dan aku tidak pernah jemu membaca......'di sana' ada keceriaan....'di sana' ada kasih sayang......'di sana' ada penghormatan.....'di sana' kemungkinan tiada pada remaja2 yang seusia dengannya.....'di sana', aku yakin ada seribu satu kebaikkan.

Aku baca.....baca.....dan baca......sedikit pun tiada aku berasa jemu bersimpuh diri di 'teratak' itu. Just mengambil apa yang comel.....apa yang bermanfaat.....aku sendiri bukannnya perfect. Begitu juga dengan korang bukan? 

Ada apa dengan Yasmin J Hunwick???......Jawapan itu hanya ada dalam hati mereka2 yang menghayati kisahnya......Bukan sedikit remaja2 diluar sana yang telah sedar dan mengenal Tuhan mereka setelah mereka membaca.....mengenali dan menyayangi arwahyarhamah adinda Yasmin. Aku yakin.......ianya terlalu ramai. Walaupun ramai yang mengenali arwahyarhamah setelah ketiadaannya.

Tidak perlu aku meletakkan bukti di sini, cukup andai korang yang punya hati dan berperasaan singgah menyantuni blog peninggalan arwahyarhamah adinda Yasmin untuk mengenal 'sesuatu' melalui tulisan2nya yang sepi dan bisu itu...


Tangan itu sarat dengan kerinduan.....adakah kita mampu meletakkan diri untuk merasai??
Perlukah korang yang konon2nya hebat dan awesome mempertikaikan orang yang dah meninggal dunia? Perlukah kondem usaha yang dicita2kan oleh arwahyarhamah adinda Yasmin??.....Jika syimir tidak memulakan, adakah korang akan melakukan???

Fikir-fikirkan dan renung-renungkan.

Al-fatihah untuk arwahyarhamah adinda Yasmin dan dua sahabatnya yang terlibat dengan malam malang itu. Al-fatihah

Jazakallah.
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

5 comments:

  1. menangis x berlagu,,,huhuhuhu.\\
    terbaikkkkk

    ReplyDelete
  2. Hanya orang yang pernah kehilangan orang-orang yang tersayang sahaja yang memahami apa yang tersirat dalam hati auntie saz dan uncle johan serta adik-adik arwah yasmin! Semoga auntie saz, serta kaum keluarga Yasmin dapat tabah dalam menghadapi situasi sebegini... mereka hanya tahu mengutuk tapi tak merasa.

    saya rasa kehilangan Yasmin seperti mana saya pernah kehilangan arwah adik saya ketika dia berusia 19 tahun eksiden motor juga tapi di seremban.

    apa yang berlaku pada arwah yasmin macam ada kena mengena dgn arwah adik saya Faiz Bin Omar. Tapi yang bezanya arwah Yasmin dilanggar tapi adik saya dia termasuk bawah sebuah lori yang berhenti mendadak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks akak chayarista sudi singgah sini dan berkongsi cerita dan kisah utk pedoman semua.
      bersama la kita doakan agar arwahyarhamah adinda yasmin dan arwah adik akak ditempat di syurgaNYA.
      inshaAllah.
      Al-fatihah utk mereka dan semua orang muslim seluruhnya.
      Al-fatihah

      Delete

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.