Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Tuesday 12 November 2013

Siti Nurhaliza tegur Khairi Jamaludin supaya jangan biadap?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Nampaknya arena suka tanahair terutamanya bola sepak tak akan pernah sunyi walaupun final piala Malaysia sudah pun berakhir. Ternyata ada sahaja isu yang boleh menghangatkan sukan bola kena sepak tu. 

Aku bukan nak ulas pasal final piala Malaysia. Games tu semua orang dah tahu keputusan dia....Semua orang dah ada rumours memasing pasal perlawanan tersebut. Yang berlalu sudah pun jadi sejarah untuk dikenang. Yang masuk final ok ok sahaja.....yang kandas dipertengahan jalan pula yang terlebih gedik komen sana komen sini.....provo sana provo sini....sedangkan piala keramat tu tetap kekal di pantai timur......di negeri Pahang walaupun bukan Kelantan. Piala tu bukan ditanah selatan berdekatan dengan cerita todak dan budak kecil yang bijaksana dibunuh semata pembesar irihati dengan kebolehannya.....Bukan juga ditanah dimana raja terakhirnya mangkat dijulang....Patutnya kita dah makin dewasa....dah semakin matang, selari dengan usia piala tersebut....

Terbaru kisah Ct Nurhaliza tegur Khairy Jamaludin menteri muda yang memegang portfolio kementerian belia dan sukan (KBS) supaya jangan biadap....biadap dengan sape? Kalau melihat kepada isu2 yang melingkari KJ ni tak lain tak bukan berkenaan kritikan terbuka beliau terhadap FAM.

Bagi aku tak salah pun jika Ct nak tegur KJ. Cuma sedikit janggal sebab kenapa baru sekarang Ct nak keluar kenyataan sedemikiaan, kenapa setelah Pahang juara piala Malaysia baru Ct nak tegur KJ berkenaan kelantangan KJ membidas tindak tanduk pengurusan FAM dalam menguruskan bola kena sepak kat Malaysia.



Teguran Ct terhadap KJ khabarnya kerana KJ secara sinis ketika sidang media selepas melakukan lawatan rasmi ke Majlis Olimpik Malaysia (MOM) semalam telah membidas Datuk Jamal Nasir, bekas kapten skuad kebangsaan dan juga ahli jawatankuasa FAM yang dikatakan telah tersinggung dengan seorang menteri yang mengkritik secara melulu FAM. 
Kenyataan KJ kat bawah ini la yang buat Ct cuba menegur KJ melalui twitternya. 
Jika beliau bukan ‘budak suruhan’ FAM, bukan pemimpin FAM, jadi jangan masuk campur. Ini antara menteri dengan FAM dan kalau tiada apa-apa jangan masuk campur.

Mungkin juga Ct komen tu sebab beliau pernah bermain bola kena sepak suatu ketika dulu. Mungkin beliau lebih tahu selok belok bola kena sepak berbanding KJ. Jika itu yang Ct pikir memang aku sokong dia, sebab aku tak pernah tengok KJ main bola....tapi Ct memang penah aku tengok main bola. Kenapa?? Tak percaya Ct pernah main bola kena sepak?? Kat bawah ni bukti dia.....HeHeHe...




Tapi jika ikut akal waras aku, KJ tentu lebih tahu apa yang dia buat sebab dia pemegang portfolio antara yang terpenting dalam kerajaan Malaysia. Siapa2 yang ultras Harimau Malaya dan penyokong yang tak bermusim sudah tentu akan menyokong saranan dan teguran KJ terhadap pengurusan FAM. 

Kekadang kita perlu tunggu buah gugur ke tanah......dan ada waktu2 tertentu kita akan mengait buah di pokok dan ada ketikanya kita perlu juga goncang pokok untuk mendapatkan buahnya...terutama  buah yang ranum dipokok tapi tak reti2 nak gugur.....(bentuk perumpamaan apakah ini??....mohon maaf sebab memang takde dalam kamus dewan...HaHaHa..)

Korang buat la rumours sendiri pasal Ct dan KJ ni.....dekat blog ni pun dah banyak kali aku tegur perihal FAM. Tapi teguran aku hanyalah suara kecil si marhean. Tak laku 5 duit pun.

Transformasi tak akan berjaya jika kita masih berfikir dalam kotak yang sama. Jadi, FAM kena muhasabah diri. Bagi aku, kalau nak cari silap antara KJ dengan FAM, FAM juara!.

Full stop.

Jazakallah.

kredit photo: Harimau Malaya lebai google
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.