Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Tuesday 12 November 2013

Terima kasih Astro

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Tadi siang dapat surat dari Astro. Ingatkan bil yang sampai.....nak marah juga memula coz bulan lepas dah terbayar double tak kan bulan ni datang lagi bil.....tapi fikiran buruk sangka itu tidak benar. Bukan bil yang datang, tapi surat menghargai para pelangan Astro rupanya.....serta pemakluman maklumat terkini.



Memula dapat memang teruja tahap gaban.....lepas baca jer darah naik kat kepala, dan2 rasa macam nak pitam. @#$%&*%@$#!!

Tak tahu nak kata apa dah.....semuanya dah tersurat.....ini berlaku pun mungkin sebab Tuhan dah tetap...Bukan aku cakap tau, tapi ulama muda itu yang cakap. Kalau aku pi tanya dia tentu dia akan jawab benda yang serupa. Tak pa la....syukur.....Malaysia aman.

Kecik sangat erk ayat surat Astro atas tu? Meh sini aku kasi besaq gedabak.......biar cerah minda dan segala.



Ala.....dua hinggit jer pun naik.......apa kisah.....rokok korang boleh beli hisap....topup berpuluh2 korang boleh beli.....tak kan naik dua hinggit pun nak bising bagai.....Tokey2 kedai makan lepas ni jangan pula sebab bil astro dah naik dua hinggit nak cas makanan dan minuman kaw2 pula....dua hinggit je kan....

Aritu takrif letrik.....minyak petrol dan diesel....gula pun tak lupa senarai yang naik harga.....sekarang Astro pula.....memang terbaik la....terima kasih Astro.

Korang yang dapat surat dari Astro macam aku ni jangan duk marah2...kawal tempureture korang....ada sebab Astro naikkan cas untuk bil langganan. Cuba korang baca dan fahami ayat terakhir yang aku garis kaler merah tu, "mengenakan yuran langganan yang berpatutan dirantau ini".....diulangi.....berpatutan taw....jadi, cool la yer.....jangan meroyan tak tentu hala....

Nak tak nak korang dengan aku serta macai2 semua kena la hadapi kenaikan ini dengan berlapang dada. Ingat!....dua hinggit je....syukur.....Malaysia aman.

Yang paling best ayat pada perenggan terakhir......HaHaHa....itu namanya ayat pemujukan (sape2 penah study amik cos MASCOM dia faham la istilah ni)......ingatkan ayat pemujukan tu just dalam surat tu je, rupanya Astro sudi juga sms memaklumkan perihal tersebut. Alahai.....aku tak marah pun.....buat entri ni pun masih mampu tersenyum lagi.....

Nanti gerenti ada yang banggang abadi kata, "tak nak bayar lebih tak payah la pasang Astro....bla...bla...bla....". Kalau dulu memang la Astro ni untuk orang kaya2, tapi zaman sekarang ni kawah Astro tu dah satu keperluan....Takde kawah dia channel jadi tak clean and clear...nak2 bila kawasan kejiranan penuh dengan kawah Astro.....kita yang tak nak pasang terpaksa juga pasang coz gangguan 'keselesaan'. Faham tak?? Kalau tak faham elok terjun lombang la korang....HaHaHa....

Terima kasih Astro kerana menghargai kesetiaan aku dengan kejutan yang ohsem sebegini. Setia?? Kalau ada pilihan takde maknanya aku nak setia2 bagai... (^__^)

1Rumah 1Astro 1Malaysia

Jazakallah
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.