Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Sunday 12 January 2014

Bila mata tak mau lelap

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Kat luar hujan renjai turun membasahi seisi bumi. Harapnya kejadian awal pagi semalam yang membawa bencana tidak menyusul lagi. Bese time cengini yang turun embun jantan, tapi musim sekarang embun jantan sedap2 curi tulang sebab hujan dah amik alih dia punya tugasan....HeHeHe...

Aku?? Aku pula jadi kelawar...tak pun musang....tak pun seorang pengkarya agung (konon-kononnya la yer.....HaHaHa) yang masih bersengkang mata.....memang kerja gila.....dah la esok kerja, mata ni pula tak maunya lena......Kegilaan apakah ini???

Well, alang-alang mata tak mau lena aku godek2 la apa kerja yang ada......sungguh dasat baq ang.....dalam satu masa aku boleh buat 4 kerja. Peeerrrrhhhhhhhhhh.....bravamista fenomental amigos untuk diri aku....Jangan tanya aku apakah maksudnya sebab aku sendiri tak faham ....KiKiKi....Y(^__^)Y



Sementara mata tak ngantuk lagi aku layan cite Hobbit......tapi sebetulnya aku banyak mendengar dari menonton cite Hobbit ni. Aku banyak abiskan masa kat laptop. Edit gambar. Walaupun kebanyakkan (hampir semua) gambar yang aku amik kompo kadang ke laut ke kadang ke darat.....itu tak merapuhkan semangat aku untuk mendalami ilmu photography. Editing aku kekadang ok kekadang macam orang rabun warna lagaknya.....HaHaHa....Tak kisah la kan, yang penting aku enjoyyyyyyyyyyyyy!!

Dalam masa yang sama juga sempat aku bermuka buku, menyibuk kat muka surat kengkawan yang lain. Conteng dan komen merapu meraban. Sambil layan Hobbit, aku editing....aku bermuka buku dan aku juga melantak. Habis diet yang aku konon-kononkan...



Walaupun aku melantak kek Secret Recipe (apa yang rahsia sangat tu pun aku tak tahu) yang bisa menambah lemak di abdomen2 aku namun lepas itu aku nyahkan segala lemak tu dengan lokam yang baru aku beli kat Giant siang tadi. Nampaknya Lokam pun dah naik harga sekarang.....Hmmmmmm....mesti kurang meriah sambut Tahun Baru Cina sahabat2 aku yang berbangsa Tionghoa nanti. Ye la kan, lepas ni mereka pun akan turut berwasatiah. Menyahut seruan PM baq ang. 

Hebat tak aku?? Boleh buat 4 kerja dalam satu masa. tapi aku tak la sehebat Ungku Aziz. Apa yang dia baca.....apa yang dia dengar....apa yang dia tengok.....dia boleh ingat segala. Sedangkan aku, bagai mencurah air didaunan keladi. Hmmmmmmmmm....korang rasa okey tak aku guna simpulan bahasa tersebut untuk ayat tu? U are my prens...HiHiHi..

Kekadang kita tak tahu kemampuan kita sekiranya kita tak mencuba dan berusaha. Jadi, kena la latih diri kita untuk penambahbaikan. Betul tak ni??

Well, tak kisah la apa pun ye......cuma aku nak habaq kat korang....apa yang korang suka, korang buat....apa yang korang buat tentu korang suka.......yang penting ia tak menyalahi hukum alam dan sunatullah Tuhan.

Ok la, nak sambung editing sikit lagi sebelum aku tarik selimut. Sejuk sampai ke tulang sum-sum beb.

Jazakallah.
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.