Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Friday 21 February 2014

Bila biadap mengambil tempat beradab | Dari sudut mimbar Jumaat




Setiap laki2 yang akil baligh adalah diwajibkan baginya untuk mendengar khutbah Jumaat dan mendirikan solat Jumaat. Kerana umum mengetahui, bahawa pahala kepada solat Jumaat adalah dengan mendengar khutbah. Jika tak mendengar khutbah Jumaat maka kurang pahala Jumaat buatnya. Sebab tu la semua laki2 disarankan ke masjid awal waktu. 

Firman Allah swt yang bermaksud,
"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya)." [Al-Jumu'ah 62:9]

Photo ini telah dicuri di sini 
Tapi sayang, orang kita sememangnya tak berapa suka nak merebut pahala. Mungkin bagi mereka pahala mendengar khutbah Jumaat itu bukan apa2. Lagi pun, pahala itu tak nampak dimata maka mereka membiarkan sahaja pesanan muazin supaya senyap mendengar khutbah sebelum iman naik ke mimbar. Cuba pahala tu nampak macam duit dan emas berlian, rasanya tak ada seorang pun yang 'biadap' ketika iman membaca khutbah. 

Apa yang aku tengok setiap kali khatib membaca khutbah, bukan sahaja kanak2 yang bising dan bergurau senda sesama mereka, tapi yang besar panjang dan tua bangka yang boleh pikir pakai otak dia pun tak guna otak yang ada. Sesedap rasa bersembang di hall dan sudut masjid. Bukan tak tahu adab2 ketika khatib baca khutbah. Dah didedah sejak dibangku sekolah rendah....Sebelum khatib naik mimbar baca khutbah pun bilal dah pesan suruh makmum senyap ketika khatib baca khutbah. Tak juga makan saman dengan apa yang dah dipesan.

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah (r.a), bahawa Nabi saw bersabda yang bermaksud, "Jika anda berkata kata kepada teman anda [dengan perkataan] "dengar!" sementara Imam sedang membaca Khutbah, anda telah lagho"  [HR: al-Bukhari dan Muslim]

Kalau bebudak kecik tu boleh la dimaafkan, ini tak...dah tahap bapak budak pun masih berperangai kebudak-budakan. Patutnya bagi contoh yang baik kepada anak2 yang berjumaat bersama. Bukan sebaliknya.

Ada juga yang ralit bermain dengan hp saat khatib baca khutbah. Tak tahu apa yang ditaipnya. Tapi aku husnuzon, maybe dia tengah salin setiap butir fakta khutbah yang khatib tengah sampaikan...husnuzon.....husnuzon.....(~__^)

Jumaat ni akan jadi macam satu budaya, bukan lagi tuntuan agama sekiranya kita masih bersikap acuh tak acuh terhadap apa yang Tuhan larang...apa yang Nabi saw suruh dan apa yang dah muazin pesan. Bila biadap mengambil tempat beradab maka rosaklah kehidupan kita dan institusi yang ada.

Nak dapat pahala ni bukan payah, tapi kita je yang buat2 susah.

Jazakallah.




Support us MansuhPBS


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.