Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Sunday 20 July 2014

MH17 | Ditembak jet pejuang Ukraine?




Nampaknya Rusia dan puak pemisah Donetsk yang menjadi sekutu mereka boleh berdada lapang buat seketika bilamana ada sumber maklumat baru yang mengatakan bahawa MH17 bukan  ditembak dari darat ke udara tetapi telah ditembak oleh kapal pejuang Ukraine.

Mengikut laporan tersebut, seorang pegawal trafik udara di Kiev bernama Carlos didakwa memuatnaik tweet perihal MH17 ketika kejadian berlaku menggunakan akaun bernama @spainbuca (akaun telah ditutup).

Gambar hiasan: Jet pejuang Ukraine
Kredit foto: Google images

Sedikit pengenalan mengenai Carlos, beliau adalah seorang pengawal trafik udara berwarganegara sepanyol yang bertugas bersama-sama dengan pegawai asing yang lain di Kiev Ukraine. 

Berdasarkan tweet-tweet beliau di laman twitternya, dia memberitahu bahawa kerajaan Ukraine yang menembak jatuh kapal MH17, dan yang lebih menarik, pesawat MH17 ditembak oleh jet pejuang, bukannya misil seperti yang diberitahu media.

Untuk melihat kronologi tweet-tweet beliau korang boleh baca SINI. Terpulang pada kebijaksanaan serembrum korang untuk bersetuju atau sebaliknya. Bagi aku semua ini telah disetting dari mula sebelum kejadian terjadi. Adakah kemungkinan pihak berkuasa Malaysia telah mengetahui tragedi ini lebih awal? atau mungkinkah ada tekanan peringkat antarabangsa menyebabkan Malaysia terpaksa membatukan diri dan hanya menerima apa sahaja yang disuap oleh media dan kuasa besar diluar sana?

Melihat cara menjawab para pemimpin utama Malaysia semasa PC serta menjawab pertanyaan wakil media juga lemah, seperti tidak berkeyakinan dan seperti ada kegusaran dibenak mereka. Mungkin takut tersalah cakap dan tidak selari dengan apa yang dikehendaki oleh 'seseorang'.

Di awal penulisan aku sebelum ni aku ada juga menyentuh tentang logikal untuk pihak pemisah Donetsk menembak jatuh kapal Putin, Presiden Rusia yang menjadi sekutu mereka. Klik sini untuk bacaan lanjut.

Kebijaksanaan pemimpin Malaysia dalam menangani situasi amat2 diperlukan oleh seluruh rakyat Malaysia dan keluarga mangsa yang terdiri dari pelbagai negara. Aku amat berharap agar hikayat MH370 tidak berulang lagi ke atas batang tubuh MH17 yang telah hancur berkecai. Mudah-mudahan kebenaran akan menenggelamkan kebatilan.

MH17 sepertimana MH370 adalah nasib malang yang telah direncanakan oleh tangan2 jahat yang cuba untuk mencengkam dan menguasai dunia. Kita lihat apa skrip yang bakal mereka pentaskan lagi nanti.

Takziah dan Al-fatihah diucapkan buat semua yang dimangsakan. 

Marilah kita sama-sama amalkan membaca Al-Mulk, moga kita terlepas dari seksaaan kubur. Amalkan juga menghafal surah al-kahfi sepuluh ayat pertama dan sepuluh ayat terakhir (hafal abis lagi baik jika mampu), mudah-mudahan kita terlepas dari fitnah Dajjal yang dasat.

Jazakallah.



Support us MansuhPBS



___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.