Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Saturday 26 July 2014

Tragedi Menjelang Aidilfitri




GUA MUSANG : Lima maut manakala empat lagi cedera dalam dua nahas berasingan di daerah Gua Musang, siang tadi.

Dalam kemalangan pertama, tiga maut di tempat kejadian apabila kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah bas di kilometer 17, Jalan Gua Musang-Kuala Lumpur berhampiran Rantau Manis.

Dalam kejadian sekitar jam 1.30 tengahari itu mangsa  yang maut di tempat kejadian dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu.

Mangsa adalah Zulkifli Talib, 46, Suhariza Hasan, 36 dan Mohd Zuki Arriffin, 41 tahun.

Kesemua mereka dikatakan dalam perjalanan pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menyambut hari raya yang dijangka jatuh pada Isnin ini.

Dalam kejadian tersebut kereta yang dipandu salah seorang mangsa dikatakan cuba memotong sebuah kenderaan namun gagal dan bertembung dengan sebuah bas persiaran yang datang dari arah bertentangan.



Manakala dalam kemalangan kedua yang berlaku di Aring Lapan, jam 10 pagi tadi, dua terbunuh  dan empat lagi cedera.

Mangsa yang maut adalah Mohd Kosim Rashid, 39, dan adik iparnya, Azliana Abdul Kadir, 30.

Manakala empat mangsa yang cedera adalah isteri mangsa, Arini Abdul Kadir, 37, serta tiga anaknya iaitu Umaira, 9, Mohd Aniq Aizat, 10, dan Alisa Balqis, 6.

Dalam kejadian tersebut kereta yang dipandu mangsa dikatakan terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kenderaan lain.


Keluarga ini dalam perjalanan pulang ke kampung halaman dari Kuala Terengganu ke Kampung Bertam.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Saiful Bahri Abdullah, ketika dihubungi mengesahkan kejadian.  Sumber


Salam takziah diucapkan kepada keluarga mangsa yang terlibat. Kepada u all yang baru nak memulakan perjalanan pulang ke kampung halaman berhati-hati ketika memandu. Patuhi undang-undang jalan raya dan segala papan tanda yang ada. Ingat, kelajuan itu adalah pembunuh.

Tak perlu gopoh-gapah. Tak ke mana pun destinasi yang u all tujui. Orang berpuasa kena banyak2 bersabar. Tak kira la berjalan waktu siang atau malam. Sabar itu kan sebahagian dari iman. 

Dapatkan info trafik terkini di SINI.

Moga u all amik ikhtibar atas apa yang telah berlaku. Al-fatihah untuk mangsa.

Jazakallah.



Support us MansuhPBS




___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.