Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Sunday 30 November 2014

Harga baru RON95, RON97 dan Diesel berkuat kuasa 1 Disember 2014





Harga baru bagi RON95, RON97 dan Diesel berkuat kuasa 1 Disember 2014Pengumuman penyelarasan harga runcit baru bagi petrol dan diesel ini mungkin akan membawa persepsi yang berbeda di kalangan marhean.....mungkin ada yang gumbira.....mungkin ada yang berhiba dan mungkin juga ada yang buat donno je...

Kepada penyokong tegar kerajaan, berita ini bakal memberi mereka 'peluru' baru untuk berhadapan dengan penyokong oposisi. Namun mereka perlu berhati² kerana semua ini mungkin bersifat sementara dan ianya tidak mampu mengubah segala.


Notis harga baru ini mulai berlegar² di dalam aplikasi whatsApp, wechat dan blog² yang hot and spicy.

Mulai 1 Disember 2014 nanti harga runcit bagi RON97 akan diturunkan sebanyak 9 sen seliter kepada RM2.46. Penurunan sebanyak dua kali dalam tempoh masa sebulan. 

Tapi sayang beb, asal pergi stesen minyak je pasti kat pum minyak ada tanda macam gambar kat bawah ni. Ni aku rembat gambar abang Tolahah Muda, masa aku isi minyak semalam aku lupa nak snap sekeping dua. Kat bandar Chukai pun takde stok yang power cenggini.  Sebab apa ye? Kat tempat korang macam mana pula?


kredit foto: Tolahah Muda
Manakala bagi harga runcit petrol RON95 akan diturunkan sebanyak 4 sen seliter kepada RM2.26 seliter. Ini adalah penurunan yang pertama sejak kejatuhan harga minyak dipasaran dunia beberapa bulan yang lepas. Ok la tu kan, dari tak turun langsung. 4 sen pun ok kot. Korang kumpul 4 sen tiap² kali isi minyak rasanya ...... rasanya.... rasanya korang je yang boleh rasa kot...HaHaHa!

Walau bagaimanapun, harga runcit bagi diesel tidak diturunkan tetapi dinaikkan. Harga runcit baru bagi diesel dinaikkan sebanyak 3 sen seliter. Harga jualan bagi diesel RM2.23 seliter bebanding sebelum ini RM2.20 seliter. Relaks santai la beb, naik 3 sen je pun. Naik 3 sen tak kan nak kecoh, yang turun tak nak pula heboh.....HiHiHi....macam kenal je ayat cengitu kan? 

So, nanti akan ada yang naik dan ada yang turun. Masing² boleh buat kira²...kali bahagi tolak tambah untuk kelangsungan hidup enjin kenderaan memasing.

Untuk makluman, harga petrol RON95 dan diesel kat atas tu dijual tanpa subsidi langsung. Zero subsidi. Korang jangan lupa pula. Bermula 1 Disember 2014 kerajaan telah memutuskan untuk menghentikan semua subsidi bahan api petrol dan diesel. Untuk remind balik knowledge, korang boleh baca SINI atau SINI. Jadi, jangan nak bergumbira sangat la ye dengan penurunan tu....nak meloncat gumbira sekali pun mohon cover, bukan apa....takut nanti terpeleot pula.

Antara RON95 dan RON97 tak banyak pun beza. 20 sen je beza untuk seliter. Kualiti berbeza tapi harga tak jauh beza. Jadi pepandai la ye buat pertimbangan yang sewajarnya untuk enjin kenderaan korang. 

Aku rasa....aku rasa la kan.....mula Disember nanti aku nak bagi Bumblebee aku telan RON97 semula. Kasi dia punya prestasi kembali ke jalan yang diredhai oleh Perodua....HiHiHi....Apa ada hal, masing² punya wallet masing² tuang la RON mana yang menjadi pilihan...

Aku harap takde yang beratur panjang sebelum tanggal 1 Disember 2014 kat mana² stesen minyak setelah baca entri blog aku ni. Harap korang stay cool and calm.

Aku rasa, kebanyakkan marhean dah lali dengan sepak terajang sang penguasa. Apa yang ada depan mata mereka hadap sahaja tanpa banyak bicara....Undi mereka untuk next PRU tetap menjadi rahsia. Hmmmmmm....rahsia ke? Ok....Biar la rahsia.......

Jazakallah.



Support us MansuhPBS


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.