Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Saturday 1 November 2014

Kisah Cikgu Suraya difilemkan?





Aduhai..............dah takde cerpen dan novel lain ke pengiat seni tanahair ni nak bikin filem. Cerpen Cikgu Suraya yang berstatus 18sx itu juga yang nak diketengahkan untuk santapan minda marhean. Tobat aku tak faham apa nawaitu sebenar pembikin filem yang ada kat tanah Malaya ni. Sama ada nak memburukkan imej pendidik atau sekadar mengimbau kembali kisah 'berhantu' nya cerpen Cikgu Suraya yang menjadi viral dalam kalangan remaja² di era penghujung 90-an (kalau tak silap aku). 

Kalau cerpen Cikgu Suraya boleh lepas maybe cite doktor dan nurse terlampau serta kisah benar main dengan makcik hajjah juga boleh dibuat filem untuk tontonan marhean yang lebih memerlukan hiburan sebagai terapi untuk melupakan masalah hidup (GST, minyak naik 20sen, kenaikkan tambang bas, harga rumah yang melambung, liwat, Sodomi, gas memasak naik harga, tarif letrik naik, bil astro naik dan harga kangkung yang turun) buat seketika. 

Kisah Cikgu Suraya. Persoalan disini, adakah filem Cikgu Suraya ini bakal meletop mengatasi pencapaian edisi cerpennya? Siapakah Cikgu Suraya dan Amir (dah macam nama aku pula....nama sahaja sama tau, tapi orangnya berbeza...HaHaHa......) selaku watak utama dalam cerpen tersebut? Adakah mereka benar² wujud di alam nyata? Adakah apa yang diceritakan di dalam cerpen tersebut betul² berlaku sepertimana yang digambarkan? Atau ia hanya sekadar imaginasi tahap dewataraya peringkat jurus ke-28 si penulis semata? Dan, siapakah penulis cerpen tersebut? 

Jika kejadian yang terakam dalam cerpen Cikgu Suraya itu benar, maka berbakul² dan berkontena la dosa penulis cerpen tersebut. Selagi cerpen itu dibaca oleh marhean dan menaikkan syawat si tukang baca, selagi itu la 'tabungan' si penulis cerpen itu akan terus terisi. Semoga Allah ampunkan dosa si penulis cerpen itu. 

Aku yakin, jika cerpen Cikgu Suraya itu bukan cerpen berklasifikasikan 18sx sudah pasti penulis cerpen tersebut akan kaya raya dengan hasil royalti jika filem itu meletop di pawangan nanti. Tapi, ada ke yang bakal ke hadapan mengaku itu hasil karyanya? Kat Malaysia ni tiada yang mustahil.......Malaysia boleh! Tak gitu?

Hasil dari maklum balas marhean di facebook dan twitter serta laman² sosial berkenaan filem Cikgu Suraya ni, kebanyakan mereka amat² frust tahap cipan kerana watak Cikgu Suraya tidak secantik dan seindah seperti mana yang mereka bayangkan di dalam cerpen. Mereka mempertikaikan pemilihan Sofia Lee Abdullah sebagai Cikgu Suraya. Jika Sofia Lee tak layak, siapa yang layak? Bagi aku, bukan persoalan Sofia Lee Abdullah, tetapi cerpen ini sememangnya sedari mula tak layak pun untuk diangkat sebagai wadah santapan minda.

Filem itu bagi aku bakal mengecewakan para pemabuk asmara Cikgu Suraya  kerana sudah tentu adengan² yang terdapat dalam cerpen tidak akan dipublish dilayar perak secara detail. Sudah pasti Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) akan berpegang teguh pada 'fatwa' mereka untuk tidak membenarkan adengan hot and spicy dipaparkan secara realistik dan secara berlebihan untuk tontonan marhean. 

Nak tahu cite berdasarkan cerpen korang boleh tanya sahaja Lebai Google. Taip sahaja kata kunci 'Cikgu Suraya'

Well.....Ada tak sesiapa yang nak belanja aku tengok cite Cikgu Suraya ni nanti? HeHeHe! 



Support us MansuhPBS


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.