Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Wednesday 4 March 2015

Diari Seorang Lelaki | Demi sebuah Cinta



Demi sebuah cinta | Di saat orang lain sedang keenakkan di tilam empuk aku pepagi lagi dah membasahi kaki dengan embun pagi. Di saat rakan² sepekerjaan bersantai dirumah bersama keluarga serta rakan housmate bersempena cuti pertabalan Sultan Terengganu, aku pula menzakatkan masa cuti hari ini membanting tulang di padang. Berpanas bawah terik matahari 32°c dan bermandikan peluh yang mengalir laju.

Aku tak menyesalkan pun dengan pengorbanan ini......semua ini adalah kerana minat dan demi sebuah cinta yang mendalam kepada 'kepantasan'. 'Kepantsan' yang sentiasa membuatkan aku berasa puas.


Aku buat kerana aku suka.....aku buat bukan mengejar nama semata². Aku lebih mengejar redha Allah Yang Esa berbanding redha manusia yang tak mungkin kekal lama. Aku sentiasa bertegas untuk ini lewat penulisan aku di blog ini, di pages Diari Seorang Lelaki mahupun dari tutur kata aku sendiri.

Kalau nak layan suara² sembang-sumbang yang berkumandang dibelakang memang tak akan berabisan. Selayaknya mereka dibelakang......di saat orang berjaya dan mara kehadapan. Pasal ni nanti aku story lain kali. Aku kena standby cili dan cabai bebanyak untuk ini. 

Well, temasya yang menguji kecekalan dan kepantasan tinggal lagi beberapa hari untuk 'ayam² tambatan' aku jejaki. Masa yang ada tak banyak bersisa. Segala ilmu, tektikal dan motivasi terpaksa aku humban berkoyan² agar mereka tidak hilang fokus dan matlamat dimedan perjuangan.

Aku cuba godek² web rasmi Universiti Sains Malaysia, cari kot² ada gambar 'kepantasan' aku di arena itu suatu ketika dulu, tapi nampaknya pencarian aku sesia. Nak kena godek album lama juga gamaknya.

Masa senggang yang ada ni boleh la aku beroline dan membebel kat sini. Sekadar bercerita apa yang aku rasa melalui bait² aksara sebelum matahari meredup semula dan aku dengan mereka ('ayam² tambatan') kembali ke arena. Aku selalu cakap pada mereka, bila berada dalam medan perjuangan jangan sesekali merasa gentar dan rendah diri. Yakin pada kemampuan diri sendiri dan juga pertolongan Ilahi......InsyaAllah, kejayaan pasti dimiliki nanti.

Kepada rakan² yang turun membantu dan memberi sokongan bebanyak terima kasih aku ucapankan. Mungkin ini kali terakhir keringat aku tertumpah di arena ini.

Ok la. Aku stop dulu membebel. Nak kacak² diri dulu. Lepas ni nak melawat kawasan sekejap. Cari ilham dan bekalan. 

Jazakallah.

Support us MansuhPBS

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.