AMARAN!!

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am & SEKS.

Diari Join Me | You Are My Friends

Sunday, 31 July 2016

Come back bersama kisah 'penyakit misteri'.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Alhamdulillah....akhirnya aku berkesempatan untuk mencoretkan sesuatu diblog yang aku kira sudah usang dan bersawang ini. Sudah banyak lama jemari aku tidak menari² di blog 'diari' kehidupan aku. Last entri 30 june 2015 yang lalu...yang mengisahkan tentang penyakit misteri yang membelenggu kehidupan aku. Terima kasih buat sahabat² yang sudi singgah sini tanpa jemu (walaupun dah banyak lama tanpa entri baru) serta yang sudi mendoakan kesihatan aku.

Rasa kaku pula nak menaip...maklum la, dah banyak lama aku tinggalkan ruangan ini untuk berbicara...meluah rasa dan berkongsi cerita. Sebetulnya, bukan sahaja hobi berblog kian suram, hobi aku berphotography juga kian pudar. Maybe 'penyakit' itu sedikit sebanyak men-drop semangat dan kerajinan aku. Dalam masa aku berpantang berblog aku banyak menghabiskan masa di pages Diari Seorang Lelaki dan di laman muka buku. 

Awal tahun ni aku ingat aku bisa kembali aktif berblog, tapi aku hanya mampu merancang namun perancangan Tuhan lagi terbaik. 

Awal tahun 2016 juga aku telah berpindah tempat kerja dan berubah persekitaran hidup. Mudah²an new life aku ini akan memberi aku lebih kesihatan dan semangat untuk aku terus melakukan yang terbaik terhadap apa yang yang aku sukai dalam hidup.

Apa sangat la penyakit misteri yang membelenggu aku sebelum ni yer...ramai yang bertanya aku sakit apa, tapi aku nak story pun payah lagi susah. Well, aku pendekkan story la yer, lagi pun ni kira entri come back aku kan....taip panjang lebar pun nanti jadi tak menarik dan tak best. Korang pun akan bosan. Macam aku tak tahu, korang bukan rajin sangat nak baca entri blog personal yang duk cerita ceriti ceritu tentang perihal diri sendiri....sedap lagi korang terjah baca blog politik, gosip, sensasi dan retis kan? HiHiHi



Simpton² 'penyakit misteri' yang aku alami.


  1. Rasa macam ada benda tajam ditusuk² dibahagian belakang badan belah kanan. Rasa tusukan tu sampai ke dada dia punya sakit.
  2. Mudah baran. Walaupun dalam hal² remeh-temeh. 
  3. Rasa berat nak mengerjakan solat. Asyik solat penghujung waktu je. Jeng sungguh la aku time tu
  4. Rasa malas je nak pergi kerja dan rasa malas nak buat kerja. Aku rasa kemalasan aku ni berada pada level maksima.
  5. Banyak habiskan masa yang tak banyak ada terlentang atas katil.
  6. Sakit kepala yang amat - Bila sakit kepala je aku tidurkan diri secara marothon.
  7. Walaupun duduk dalam aircond tapi aku rasa panas dibahagian kiri badan aku dari muka sampai ke kaki - tak ke pelik
  8. Seringkali mimpi seram dan pelik². 
Jenuh juga la aku pergi berubat. Bertong² juga la air penawar ustaz² masuk perut aku. Ist aku pergi berubat dengan Ustaz Haji Rahimi di Pengkalan Chepa, Kelantan. Kalau telefon samsung note ii sahabat aku Arman Fariz tak rosak boleh aku kasi upload video untuk korang tengok keadaan aku masa Ustaz Haji Rahimi Mohd Rashid mengubati aku. (Nanti aku story kendian pasal Ustaz Rahim ni untuk next² entri)

Bila aku tengok video yang sahabat aku rakam tu aku punya la terkejut, macam tak percaya.....sebabnya masa Ustaz Rahimi menjalankan ritual dia aku rasa aku cool molek duk ada atas kerusi (kerusi macam yang duk ada dekat opis²).....aku rasa aku berzikir tak putus dalam hati....tetapi, bila tengok video tu punya la aku terpekit terlolong atas kerusi bagaikan menahan kesakitan yang teramat sangat.

Dua kali aku terpekit terlolong dalam video yang sahabat aku rakam kan tu. 1st masa Ustaz Rahim pegang di bahagian tangan antara jari telunjuk dengan ibu jari. Masa tu meliuk lintuk badan aku menahan sakit. Sahabat aku cakap, masa tu dia standby nak buka langkah seribu kalau aku melompat depan dia. Tobat aku tak sedar pun apa yang berlaku, yang aku tahu aku macam tak putus berzikir dalam hati sejak mula Ustaz Rahimi merawat sampai la habis. Tapi .....bila tengok video tu memang tak macam yang aku sangka kan.

2nd nya pula aku terpekit terlolong masa Ustaz Rahimi pegang.....

Well, aku rasa cukup dulu kot mukadimah aku untuk entri come back ni. Nanti aku sambung story lagi apa yang terjadi seterusnya. Tetiba rasa mengantuk yang amat. Ketat tang mata toksah cite. Nampak bantal je sekarang ni.

So, aku titik sini dulu. Nanti aku sambung lagi. Doa kan aku agar punya semangat untuk merapu meraban kat blog ni lagi macam dulu². 



___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

3 comments:

  1. Replies
    1. Alhamdulillah....sihat 100 peratus tu tak la. Tapi lebih baik dari sebelum² ni. Sia² sakit tu masih ada.

      Delete
  2. Teruskan berubat dan jgn tinggal.solat, sentiasa dalam berwuduk insyaAllah dapat jauhi.. Saya doa kan..

    ReplyDelete

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers

Diari best sepanjang zaman

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.